Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.yu] | رايو

Definisi : 1. = sayu ~ pilu hati, rawan hati, terharu; 2. = merayu berasa pilu, terharu (sedih, hiba, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.yu] | رايو

Definisi : = rayuan pujukan atau hiburan (janji yg muluk-muluk dll) utk menyenangkan hati: tertidurlah oleh ~ irama merdu; pujuk dan ~nya sudah tidak bermakna lagi; lagu Melayu ~ hati; 2. memikat hati, memujuk: ia menulis surat ~ gadis itu supaya menerimanya sbg suami; 3. memajukan permohonan, mengemukakan permintaan (pertimbangan): jika seseorang tidak puas hati dgn keputusan Mahkamah Tinggi, maka bolehlah ia ~ kpd Mahkamah Ulang Bicara; mereka ~ kpd kerajaan supaya bertindak segera membasmi nyamuk dan lalat; merayu-rayu merayu dgn sungguh-sungguh: dia ~ kpd perompak itu agar keluarganya tidak diapa-apakan; bunyi muzik yg beralun lembut bagaikan ~ memanggil mereka berdua masuk; merayukan memajukan permohonan (per­mintaan, pertimbangan) kpd: perkara yg dirayukan oleh keluarga itu ialah suatu perkara keluarga mereka sendiri; rayuan 1. rayu; 2. permohonan, permintaan (yg dimajukan): ~ kpd pemaju perumahan; 3. (Udg) permohonan kpd mahkamah atau pihak berkuasa yg lebih tinggi supaya mengkaji semula keputusan mahkamah atau p (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ra.yu] | رايو

Definisi : ; merayu 1 menyedapkan hati dgn hiburan dll: Irama lagu Melayu ~ hati. 2 memikat hati; memujuk: Ia ~ gadis itu dgn kata-kata manis. 3 memajukan permohonan: Saya ~ kpd mereka supaya mempertimbangkan keputusan itu semula. rayuan 1 pujukan (hiburan, janji yg muluk-muluk dll) utk menyedapkan hati. 2 permohonan atau permintaan yg dimajukan: Peguamnya telah membuat ~ supaya hukuman itu diringankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rayu
Kata Terbitan : merayu, rayuan, perayu,

Peribahasa

Semanis-manis gula berpasir juga,
     sepahit-pahit jadam menjadi ubat.

Bermaksud :

Pujuk rayu yang berisi tipu muslihat; perkataan yang keras tetapi mengandung nasihat.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
wheedlingadj pujuk rayu: she gave in to the child’s ~ ways, dia mengalah dgn pujuk rayu budak itu; persistent ~ beggars, peminta sedekah yg tdk mudah mengalah dan penuh pujuk rayu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blandishvt memujuk rayu, membujuk: she ~ed the guard into letting her in, dia memujuk rayu pengawal itu sehingga dibenarkan masuk.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
wheedlingn pujuk rayu: ~ was a sure way to get something out of her grandfather, pujuk rayu ialah cara yg pasti utk mendapatkan sesuatu drpd datuknya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
supplicant n (fml), (orang yg) merayu-rayu: he came as a ~ begging for favour, dia datang merayu-rayu utk mendapat sokongan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
appealingadj 1. pleading, merayu(-rayu); (of look, eyes) meminta belas kasihan: he ignored her ~ cries, dia tdk mengendahkan tangisannya yg merayu-rayu itu; to look at so. with ~ eyes, memandang sso dgn mata yg meminta belas kasihan; 2. attractive, menarik; (of little animal, young child) comel: an ~ story, kisah yg menarik; his personality is not exactly ~, keperibadiannya tdk begitu menarik; an ~ little rabbit, arnab kecil yg comel.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pleaddia memeluk lutut ibunya, menangis sambil merayu-rayu utk memohon keampunan; 2. (leg.) a. argue a case in court, /membentangkan, mengemukakan/ hujah: his students heard him ~ in court for the first time, pelajar-pelajarnya mendengar dia membentangkan hujah di mahkamah buat pertama kalinya; b. answer to a charge in court, membuat akuan: the man accused of arson was said to be insane and unfit to ~, lelaki yg dituduh membakar dgn sengaja itu dikatakan gila dan tdk layak utk membuat akuan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
blandishmentn (often in pl) pujuk rayu: he refused to yield to her ~s, dia enggan beralah kpd pujuk rayunya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pillow talk n ( colloq ) pujuk rayu sebelum tidur.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
adamantbe ~ to, tak berganjak walaupun: he was ~ to their entreaties, dia tdk berganjak walaupun mereka memujuk rayu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
immuneadj 1. protected, secure, a. (from or against disease, poison, etc) imun, lali: ~ to rubella, imun thdp rubela; b. (from or against criticism, attack, etc) lali: he has become ~ to unfair criticism, dia telah menjadi lali thdp kritikan yg tdk adil; 2. exempt (from punishment, prosecution, etc) kebal: ~ from legal action, kebal drpd tindakan undang-undang; 3. not susceptible, lali: ~ to all pleas, lali oleh pujuk rayu; a man who seems quite ~ to the pressures of business life, lelaki yg nampaknya lali thdp tekanan hidup sbg ahli perniagaan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas