Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[re.but] | ربوت

Definisi : ; ~ rampas bermacam-macam pe­rampas­an (perompakan, penyamunan); berebut berlumba-lumba (berdahuluan) utk mengambil sesuatu: ~ kuasa; ~ tempat; ~ (dgn) malam sudah mulai malam; ~ mulut bertengkar, berbantah; ~ nama berlumba-lumba utk mendapat kemasyhuran; ~ (dgn) senja sudah mulai senja; ~ tinggi atas-mengatasi; ~ rampas bertanda beti prb semua perkara baharu boleh diputuskan sesudah cukup buktinya; berebut-rebut berbuat banyak kali, berebut antara orang banyak, berlumba-lumba (mem­peroleh, mengambil, dll): orang ramai ~ hendak pulang; beberapa ekor ayam sedang ~ makan; mereka ~ menghendakkan hadiah itu; berebut-rebutan, berebutan saling meng­ambil atau mendapatkan sesuatu dgn paksa (susah payah): Majid dgn kawan-kawannya ~ macam anak kecil merebut gula-gula; merebut 1. mengambil (mendapatkan, mem­­­­­­­­­peroleh) sesuatu dgn kekerasan: dgn cepat ia ~ senjata itu drpd penjahat; yg muda hendak ~ kerajaan abangnya; 2. mengambil (negeri, tempat, dll) dgn kekuatan senjata, merampas: beberapa tempat penting sudah dapat di­rebut kembali oleh pasukan kita; 3. men­dapat sesuatu dgn susah payah (spt dlm per­lumbaan dll): pasukan kita dapat ~ kembali Piala Thomas; 4. ki mengambil, memikat, menarik: sastera itu mendapat kesempatan ~ kedudukannya lebih drpd semasa zaman klasik; nama Hamka pd masa ini telah dapat ~ hati para pembaca dgn cerita-cerita pendek; merebutkan, memperebutkan meng­usaha­­kan sungguh-sungguh (mem­per­juangkan) utk merebut sesuatu: India dan China berperang ~ Himalaya; anakku inilah yg kelak akan diperebutkan oleh segala perempuan di seluruh Tanah Jawa; rebutan 1. sesuatu yg direbutkan (di­perebut­kan): sebuah piala besar menjadi ~ antara pasukan-pasukan yg bertanding; 2. = sedekah ~ Id a) sj perayaan orang Cina dgn memberi sedekah yg diperebutkan oleh orang ramai; b) perlumbaan memanjat buluh (batang pinang) yg dilumur dgn minyak dll (utk mengambil barang-barang yg diletakkan di puncaknya); 3. bp = berebutan; perebutan 1. perihal berebut sesuatu: ~ pangkat; ~ kedudukan; ~ kekuasaan; 2. = perihal merebut (memperebutkan), pe­ram-pasan, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[re.but] | ربوت

Definisi : ; berebut berlumba-lumba mengambil sesuatu: ~ tempat. berebut-rebut berebut antara orang banyak; berebut beberapa banyak kali: Mereka ~ menaiki bas itu. berebut-rebutan saling (mencuba) mendapatkan sesuatu dgn susah payah: Mereka ~ pangkat spt anak kecil ~ gula-gula. merebut 1 mengambil dgn kekerasan: Ia ~ pisau dr tangan penyamun tsb. 2 mendapatkan sesuatu dgn susah payah: Kita berharap agar Malaysia dpt ~ Piala Thomas kembali. memperebutkan berebut akan sesuatu: India dan Cina telah berperang kerana ~ kawasan Dalakh. rebutan apa-apa yg direbut: Sebuah piala besar telah menjadi ~ para peserta. perebutan perbuatan (hal dsb) berebut atau merebut sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rebut
Kata Terbitan : berebut, merebut, perebutan,

Puisi
 

Nak rebut rebutlah selasih,
     Jangan direbut di cucur atap;
Nak rebut rebutlah kasih,
     Jangan direbut dalam dakap.


Lihat selanjutnya...(5)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
jockeyvi; ~ for, berebut-rebut utk + approp v: to ~ for a place in the Council, berebut-rebut utk mendapatkan tempat dlm Majlis itu; to ~ for the leadership of the Politburo, berebut-rebut utk menjadi ketua Majlis Politburo; ~ for position, a. (racing) mengasak-asak utk mendapatkan tempat yg baik; b. try to gain advantage by skillful manoeuvering, berebut-rebut utk mendapatkan kedudukan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rebutvt disprove, refute, mematahkan: so far the evidence ~s the charge, setakat ini bukti itu mematahkan tuduhan tersebut.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scramble2. disorderly struggle, perebutan, berebut-rebut: a ~ for tickets to the magic show, berebut-rebut utk mendapatkan tiket pertunjukan silap mata;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scramble2. compete to get st, berebut-rebut: the children ~d for the money thrown by the rich man, budak-budak berebut-rebut utk memungut duit yg ditaburkan oleh orang kaya itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pathbeat a ~ to so’s door, berebut-rebut menemui sso: reporters are beating a ~ to her door now that she has become famous, pemberita berebut-rebut menemuinya krn sekarang dia telah menjadi orang yg terkenal; stand in o’s ~, (fig.) menghalang + approp n: if you really want to read law I shan’t stand in your ~, kalau kamu benar-benar hendak belajar undang-undang saya tdk akan menghalang kamu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scrumn 1. (rugby) skrum; 2. (fig.) berebut-rebut: the crowd got into a ~ at the ticket counter, orang ramai berebut-rebut di kaunter tiket.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
succession war of ~, perang rebut takhta.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
power gamen permainan rebut kuasa.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
timetake o’s ~, mengambil /masa, waktu/: take your time, ~ there’s no need to hurry, ambillah masa, tdk perlu berebut-rebut; you certainly took your ~, getting here, amboi, kamu betul-betul mengambil masa utk datang ke sini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slew 2 n (US), (colloq) large number, banyak: a whole ~ of people scrambled out of the bus, banyak orang berebut-rebut keluar dr bas itu; his mother had a whole ~ of jobs for him, emaknya ada banyak kerja untuknya.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas