Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[tuang] | تواڠ

Definisi : ; besi ~ besi yg dibuat drpd besi yg dicairkan dgn menggunakan acuan, besi cetak; pindah ~ (darah) Id pemindahan darah, transfusi darah; bertuang (yg) dicetak (drpd besi yg dicair­kan): tangga rumah emas ~, ibu tangga emas bertitik; menuang 1. mencurahkan (mengisikan) barang cair ke dlm bekas: Mahat duduk dan ~ kopi ke dlm cawan; 2. melebur (logam) dgn memanaskannya: ~ bijih timah; 3. mencetak leburan besi dll ke dlm acuan (utk membentuk sesuatu): tembaga yg sudah dileburkan itu dituang dijadikan berbagai-bagai barang; adat diisi, lembaga dituang prb dilakukan menurut aturan yg biasa; menuangi 1. menuang (air, minyak, dll) ke, mengisi (cawan dll) dgn barang cair (minuman dll): menyambar-nyambar api itu bagaikan dituangi minyak kereta; ia ~ gelas­nya sendiri dan meneguknya dgn lahap; 2. menghujani (peluru, kata-kata), melepaskan (kata-kata, tembakan): di Amerika dan di Eropah Barat, kita dituangi dgn kata-kata bahawa komunis yg menjadi pokok keka­cauan; menuangkan mencurahkan (memasukkan) barang cair ke dlm bekas atau acuan: kami pun ~ minuman keras itu ke dlm gelas masing-masing dan mula minum; selepas dilebur, timah itu dituangkan ke dlm acuan yg berbentuk bata; tuangan 1. (sesuatu) yg dituang; besi ~ besi tuang, besi cetak; 2. cetakan, acuan: pendek­nya sungguh cantik ~nya. ketuangan; hari ~ Ruhulkudus Id hari utk merayakan turunnya Ruhulkudus (menurut agama Kristian); penuangan perihal menuang (menuangi, menuangkan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tuang] | تواڠ

Definisi : bp tidak datang belajar, kerja dsb (tanpa mendapat izin guru dsb), ponteng: beberapa orang sahaja yg datang tetap ke kelas malam, yg lainnya selalu ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[tuang] | تواڠ

Definisi : ; menuang 1 mencurahkan benda cair dr sesuatu bekas: Sesudah ~ air minuman ke dlm cawan, ia pun pergi ke dapur. 2 meleburkan logam dgn memanaskannya. 3 mencetak leburan besi dll ke dlm acuan. menuangi menuang (cecair) ke; mengisi (se­suatu) dgn cara menuang: Semua cawan di­­tuangi teh. menuangkan menuang utk orang lain. tuangan 1 apa-apa yg dituang: besi ~. 2 hasil menuang (mencetak); cetakan: blok ~. penuangan perbuatan atau hal menuang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[tuang] | تواڠ

Definisi : bp tidak datang ke sekolah, ke pejabat dsb tanpa izin, tanpa alasan yg munasabah dll; ponteng. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tuang
Kata Terbitan : menuang, menuangkan, penuangan,

Puisi
 

Tinggi Bukit Sagumilang-milang,
     Tuang air di daun terkenang-kenang;
Budi sedikit juga kan hilang,
     Seumur hidup jadi kenangan.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
pre-castadjpratuang, tuang siap: ~ pile,cerucuk pratuang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cast ironn besi tuang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cast-ironadj 1. besi tuang; 2. (fig.) tdk boleh diganggu gugat (lagi): a ~ decision, keputusan yg tdk boleh diganggu gugat lagi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
hoppern 1. (insect) lelompat; 2. (funnel-shaped device) corong tuang.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pourb. (of smoke) berkepul-kepul keluar: smoke ~ed from the factory chimney, asap berkepul-kepul keluar dr serombong kilang; 3. serve tea, coffee, etc, menuang + approp n: shall I ~ now?, bolehkah saya tuang air itu sekarang?; 4. suitable for pouring, menuang + approp n: don’t use that teapot, it doesn’t ~ well, jangan gunakan teko itu, teko itu tdk boleh menuang air dgn baiknya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pourvt 1.menuang; (dirty water etc) membuang, mencurahkan: he ~ed the wine carefully, dia menuang wain itu dgn cermat; she ~ed the dish-water into the drain, dia mencurahkan air basuhan itu ke longkang; ~ boiling water on the jelly and stir, tuang air mendidih pd jeli dan kacau; 2. (fig.) mencurahkan: the government is ~ing money into the project, kerajaan mencurahkan wang pd projek itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
cut15. cross, memotong: the line AB ~s the circle at two points, garisan AB memotong bulatan itu pd dua titik; 16. also ~ off stop, interrupt, memotong: they ~ the water-supply in our area, mereka memotong bekalan air di kawasan kami; 17. record sound on, merakamkan: the singer has already ~ two albums, penyanyi itu telah merakamkan dua buah album; 18. (sl) absent os from, tuang, ponteng: to ~ lectures, ponteng kuliah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas