Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1. badan yg dilantik atau dipilih, yg mempunyai kuasa mentadbir, membuat per­aturan dan menasihat: M~ Perbandaran; M~ Keselamatan Negeri; 2. perjumpaan (orang ramai), keramaian: dia dikehendaki hadir dlm ~ itu; ~ bahas (perbahasan) perjumpaan tempat atau utk diadakan peraduan bahas; ketua ~ ketua dlm sesuatu perjumpaan; 3. tempat (bangunan dll) persidangan (per­jumpaan dll); ~ peguam majlis yg dibentuk atau ditubuhkan di bawah akta kehakiman yg mempunyai bidang kuasa mengawasi para peguam dan pengamal undang-undang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1. cantik, elok, indah: sikap ~ tidak terkira; 2. Mn bersih, apik, rapi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : 1 badan yg mengurus sesuatu dgn mengadakan mesyuarat; lembaga; jawatankuasa: ~ Tertinggi UMNO; ~ Tempatan. 2 perjumpaan orang ramai utk sesuatu tujuan; keramaian: ~ perkahwinan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[maj.lis] | مجليس

Definisi : elok sekali; cantik; permai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
majlis (kata nama)
1. Bersinonim dengan jawatankuasa: badan, lembaga, panel, senat, junta, panitia, jemeleh,

2. Bersinonim dengan upacara: acara, istiadat, keramaian, jamuan, parti, kenduri, pertemuan, perkumpulan, perhimpunan.,


Puisi
 

Jika bergendang kulit kerbau,
     Dalam majlis tari menari;
Adik ini dagang merantau,
     Mengharap belas abang di sini.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Bagai budak menyapu ingus.

Bermaksud :

Beroleh malu dalam sesuatu majlis.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kependekan

Kependekan RumiKependekan JawiEjaan RumiPadanan Jawi
MUISموءيسMajlis Ugama Islam Sabahمجليس اڬام إسلام سابه
MUIPموءيڤMajlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahangمجليس اڬام إسلام دان عادت رسم ملايو ڤهڠ
MEMميمMajlis Ekuin Malaysiaمجليس ايكوءين مليسيا
MASUMماسومMajlis Sukan Universiti Malaysiaمجليس سوكن اونيۏرسيتي مليسيا
MASTERAمستراMajlis Sastera Asia Tenggaraمجليس سسترا اسيا تڠڬارا
MARAماراMajlis Amanah Rakyatمجليس امانه رعيت
MAPIMماڤيمMajlis Penerbitan Ilmiah Malaysiaمجليس ڤنربيتن علميه مليسيا
MAPENماڤينMajlis Perundingan Ekonomi Negaraمجليس ڤرونديڠن ايكونومي نڬارا
MAMممMajlis Aids Malaysiaمجليس ايدس مليسيا
MAKSWIPمكسويڤMajlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Wilayah Persekutuanمجليس كباجيقن دان سوكن اڠڬوتا٢ كراجاءن ولايه ڤرسكوتوان
12345678910...

Kembali ke atas