Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pang.li.ma] | ڤڠليما

Definisi : 1. sl hulubalang, ketua pasukan: ia menyuruh ~ berbaju rantai serta dgn beberapa orang pergi mengamuk kenaikan baginda; 2. ketua atau pemimpin angkatan tentera: Jeneral Suharto, ~ angkatan darat mengambil alih kekuasaan-kekuasaan politik; ~ Agung (Besar) panglima tertinggi yg meme­rintah sesuatu angkatan tentera (drpd berbagai­-bagai pasukan); ~ gajah sl ketua yg menye­lenggarakan urusan gajah; P~ Mangku Negara (P.M.N.) bintang ke­hormatan kelas dua (pemiliknya bergelar Tan Sri dan isterinya Puan Sri); ~ pangkalan ark syahbandar; ~ perang kanan (kiri) panglima perang yg di bawah panglima besar; misai bertaring bagai ~, sebulan sekali tak bunuh orang prb rupa sahaja hebat (garang) tetapi penakut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pang.li.ma] | ڤڠليما

Definisi : 1 orang yg gagah berani serta pandai bermain senjata; hulubalang. 2 orang yg menjadi ketua atau pemimpin sesuatu pasukan tentera; ketua askar. ~ agung (besar) ketua askar tertinggi yg memimpin sesuatu angkatan tentera. ~ Mangku Negara nama bintang kehormatan kelas dua dan pemiliknya bergelar Tan Sri dan isterinya bergelar Puan Sri. ~ perang ketua angkatan tentera di bawah panglima agung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
panglima
Rujuk :pimpin, pemimpin,

Puisi
 

Ada satu panglima Pulai,
     Pelihara janggut serta misai;
Begitu banyak kain di kedai,
     Berkain kasar dengan cindai.


Lihat selanjutnya...(7)

Kependekan

Kependekan RumiKependekan JawiEjaan RumiPadanan Jawi
P.S.M.ڤي.ايس.عيم.Panglima Setia Mahkotaڤڠليما ستيا مهكوتا
P.S.D.ڤي.ايس.دي.Panglima Setia Dirajaڤڠليما ستيا دراج
P.M.N.ڤي.عيم.عين.Panglima Mangku Negaraڤڠليما مڠكو نڬارا
P.J.N.ڤي.جيه.عين.Panglima Jasa Negaraڤڠليما جاس نڬارا
P.G.B.ڤي.جي.بي.Panglima Gagah Beraniڤڠليما ݢاݢه براني
P.S.A.T.ڤي.ايس.أي.تي.Panglima Setia Angkatan Tenteraڤڠليما ستيا اڠكاتن تنترا

Kembali ke atas