Helsinki Process | Proses Helsinki | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Persetujuan diplomatik yang ditandatangani di Helsinki pada tahun 1975. Persetujuan ini terhasil daripada rumusan Persidangan Keselamatan dan Kerjasama Eropah yang merupakan titik tolak kepada detente antara Eropah Timur dengan Eropah Barat. Persidangan ini bermula pada tahun 1972, iaitu atas inisiatif Kesatuan Soviet dan berakhir pada tahun 1975. Perjanjian ini dikenali juga sebagai Akta Akhir Helsinki yang dibahagikan kepada empat bakul. Bakul pertama, meliputi persoalan keselamatan di Eropah dan Mediterranean. Bakul kedua, merujuk kepada persetujuan mengenai kerjasama dalam bidang ekonomi, sains, teknologi dan alam sekitar. Bakul ketiga pula berkaitan dengan hal kemanusiaan, hak asasi manusia, kebudayaan, pendidikan, dan kebebasan rakyat untuk menyebarkan idea dan maklumat di Eropah. Bakul keempat pula membuka ruang kepada penyemakan persidangan bagi pemantauan kemajuan yang dicapai dalam bidang yang tersebut serta kelangsungan kerjasama pelbagai hala. |
Euroyen | yen Eropah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Mata wang Jepun yang didepositkan di bank di Eropah dan digunakan untuk perdagangan di Eropah. |
black bread | roti hitam | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Roti berwarna hitam dan kasar terutamanya roti rai yang terdapat di Eropah Tengah dan Eropah Utara. |
Treaty of Rome | Perjanjian Rom | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Perjanjian yang ditandatangani pada tahun 1957 untuk merasmikan penubuhan Komuniti Ekonomi Eropah (EEC) yang menyediakan pasaran bersama pelbagai hasil antara negara anggota. EEC kemudiannya berkembang menjadi Komuniti Eropah (EC) dan Kesatuan Eropah (EU). |
European Financial Reporting Advisory Group (EFRAG) | Kumpulan Penasihat Pelaporan Kewangan Eropah (EFRAG) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Persatuan bebas yang memberikan saranan kepada Suruhanjaya Eropah dengan mewujudkan piawaian pelaporan kemampanan untuk Kesatuan Eropah. |
Euro-equity | ekuiti Eropah | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Saham syarikat multinasional yang diperdagangkan di pasaran ekuiti di Eropah di luar daripada negara penerbit. |
region of west European climate | kawasan iklim Eropah Barat | Geografi | Tiada | Istilah umum bagi kawasan-kawasan Eropah barat yang mempunyai ciri iklim yang sama. |
European Union Taxonomy | Taksonomi Kesatuan Eropah | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Tadbir Urus | Sistem pengelasan yang diasaskan oleh Kesatuan Eropah untuk menentukan aktiviti ekonomi yang boleh dianggap lestari. |
iron curtain | tabir besi | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Garisan sempadan antara negara Eropah yang dikawal oleh Kesatuan Soviet dengan Eropah Barat. Istilah ini pertama kali digunakan oleh Ethel Snowden, isteri ahli politik British daripada Parti Buruh pada tahun 1920, kemudian telah digunakan dengan meluas setelah dijadikan terkenal oleh Winston Churchill dalam syarahannya di Missouri pada tahun 1946. Istilah negara tabir besi juga merujuk kepada negara dalam blok Soviet. |
beaker period | zaman bikar | Sejarah | Tiada | Zamam prasejarah sekitar 2000 SM yang menggunakan logam untuk membuat bikar di Eropah khususnya bahagian utara dan barat Eropah. |