lipur lara | lipur lara | Kesusasteraan | Tiada | Cerita tentang istana dan anak-anak raja yang gagah dan tampan yang harus menempuh berbagai dugaan untuk mendapatkan seorang puteri cantik jelita, senjata sakit, ubat penawar dan sakit berakhir dengan kegembiraan. Contoh: Hikayat Malim Deman, Hikayat Awang Sulung Merah Muda dan Jaka Tarub. |
incremental repetition | ulangan meningkat | Kesusasteraan | Puisi | Perulangan bahasa yang dilakukan beberapa kali oleh penyair. Perulangan ini termasuklah perkataan, suku kata, frasa, pola, irama dan baris. Tujuannya untuk rneningkatkan kesan tema dan persoalannya. Contohnya, puisi "Kambing Hitam" karya Usman Awang. merah senja ibu kota merah wama jalan raya merah air Sungai Klang merah baju si anak malang menteri demi menteri di TV-demokrasi telah mangkat pemakamannya di mana saja , di mana saja pemabuk politik-ganja -taridra 13 Mei. |
erythroblastosis foetalis | fetalis eritroblastosis | Perubatan | Tiada | Anemia hemolisis pada bayi baru lahir, disebabkan ketakserasian kumpulan darah antara ibu dan anak, dan dicirikan dengan pertambahan bilangan sel darah merah di dalam darah. |
haemoglobinurea | hemoglobinurea | Veterinar | Tiada | Kewujudan pigmen darah iaitu hemoglobin di dalam air kencing yang disebabkan oleh pemecahan sel darah di dalam salur darah atau di dalam laluan air kencing sehingga air kencing berwarna merah gelap atau coklat. Hemoglobinurea boleh terjadi semasa leptospirosis pada anak lembu, penggunaan mil isirung kelapa sawit (PKC) yang terlalu tinggi dalam makanan biri-biri dan akibat batu ginjal pada ternakan jantan dewasa. |
Kacip Fatimah | Ficus deltoidea | Pertanian | Tiada | Sejenis herba daripada famili Myrsinaceae yang hidup liar di hutan dan memerlukan naungan pokok lain. Daunnya berbentuk bujur atau elips lanseolat. Daunnya berwarna hijau tua dan boleh mengeluarkan akar. Bunganya kecil terdapat pada jambak rasem yang panjang, kira-kira 6 cm. Jambak bunga keluar pada celah daun. Bunga berwarna merah jambu atau ungu muda. Buah jenis beri, berbentuk bulat dan berwarna merah apabila masak. Air rebusan keseluruhan pokok diminum sebagai tonik bagi ibu yang baru melahirkan anak. Air rendaman akar dibuat air selusuh untuk ibu-ibu semasa sakit hendak melahirkan anak. Pokok ini juga dibuat ubat untuk merawat gonorea, dismenorea, disenteri, reumatik dan masalah angin. |
household tale | cerita nenek | Kesusasteraan | Tiada | Cerita dewa-dewi yang disampaikan secara tradisi lisan oleh ahli keluarga sebagai hiburan di rumah. Cerita nenek biasanya mempunyai unsur pengajaran dan nilai moral yang disampaikan oleh ibu atau bapa kepada anak-anaknya. Cerita nenek dikemukakan oleh Jakob Ludwing Carl dan abangnya Wilhelm carl, iaitu Hansem and Gretelm The Frog Prince, Grimm�s Fairy Tales dan Snow White and the Seven Dwarfs. Contoh tempatan yang popular ialah �Batu Belah batu Bertangkup� dan �Bawang Putih, Bawang Merah�. |
Brucea amarissima | Lada pahit | Pertanian | Tiada | Tumbuhan ini dikenali sebagai lada barau, melada pahit, cerek jantan, embalau, serajatdan sisik manik. Ia adalah tumbuhan renik dalam famili Simarubaceae, tinggi hingga 10m dengan daun majmuk, 12-62 cm panjang dan 5-15 anak daun tersusun bersetentangan, ovat atau lanseolat, akuminat, kuneat dengan tepi daun dentat. Permukaan daun berbulu. Bunga merah dengan empat cuping kaliks. Buah jenis kekeras dan menggerutu. Keseluruhan pokok terutama sekali akar digunakan untuk untuk merawat disentri ameba, diarea, malaria, demam, sakit perut, batuk dan keracunan dalam. Dalam ubatan tradisional Cina pokok diguakan secara luaran untuk rawatan buasir, puru, ulser dan kanser. Daun digunakan untuk merawat bengkak limpa, scurf, kurap, bisul dan gigitan lipan. |