internal gearing | penggearan dalam | Mekanik | Gunaan | Proses pemacuan gear dengan keadaan satu roda gear berada di sebelah dalam roda yang satu lagi, iaitu gigi salah satu daripada gear berkenaan berada di sebelah dalam roda gear itu. roda yang lebih besar, iaitu yang giginya berada di sebelah dalam, dinamai roda anulus dan roda yang kecil dinamai pinion. Penggearan dalam menghasilkan putara roda pengikut yang sama halanya dengan hala putaran roda pemacu. |
stratosphere | stratosfera | Aeroangkasa | Tiada | Kawasan atmosfera yang berada di antara tropopaus dengan stratopaus.,Kawasan atmosfera yang berada di antara tropopaus dengan stratopaus. |
superior ovary | ovari superior | Botani | Tiada | Ovari yang berada di atas pudung dengan bahagian stamen, sepel dan petal berada di pangkalnya. Lihat juga hipoginus. |
outside | kawasan luar | Sukan | Boling | Kawasan yang berada di bahagian kanan lengan lemparan pemain tangan kanan atau kawasan yang berada di bahagian kiri lengan lemparan pemain tangan kiri. |
inside | kawasan dalam | Sukan | Boling | Kawasan yang berada di bahagian kiri lengan lemparan bagi pemain tangan kanan atau kawasan yang berada di bahagian kanan lengan lemparan bagi pemain tangan kiri. |
emerged plant | tumbuhan timbul | Perikanan | Akuakultur | Tumbuh-tumbuhan air yang sebahagian daripada batang dan akarnya berada di dalam air dan sebahagian besar tumbuhannya berada di luar air. Contoh tumbuhan timbul ialah pegaga, teratai, Anubias sp., Cryptocoryne sp. dan Echinodorus sp. |
anterior | anterior | Sains Sukan | Biomekanik | Berkaitan dengan orientasi kedudukan yang mengarah ke bahagian hadapan jasad. Contohnya, dahi berada di bahagian anterior tengkorak, manakala patela berada di bahagian anterior sendi lutut. |
genus | genus | Herba | Botani dan Bioteknologi | Kumpulan tumbuhan yang mempunyai perkaitan yang rapat. Mengikut pengelasan taksonomi, genus berada di kedudukan lebih atas dari spesies dan berada di kedudukan bawah famili sesuatu tumbuhan. Genus merupakan perkataan pertama bagi nama spesies dalam sistem nama saintifik organisma. Contohnya, Carica ialah nama genus bagi spesies Carica papaya (betik) dalam famili Caricaceae. Perkataan ini ditulis secara italik dan huruf pertama menggunakan huruf besar. |
crossed diplopia | diplopia silang | Sains Kesihatan | Tiada | Imej berganda binokular yang terhasil apabila imej mata kiri kelihatan berada di sebelah kanan dan imej mata kanan kelihatan berada di sebelah kiri medan penglihatan. |
electric energy | tenaga elektrik | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | 1. Tenaga yang dipunyai oleh arus elektrik apabila berada di dalam medan eletkrik. 2. Tenaga arus elektrik apabila berada di dalam medan magnet. |