ethical behaviour | tingkah laku beretika | Pengurusan | Perancangan | Tindakan oleh setiap ahli organisasi yang bertepatan dengan kehendak dan pemikiran masyarakat setempat. Tingkah laku beretika lazimnya berkenaan dengan urus niaga yang baik dan mampu menunjukkan amalan perniagaan yang bermoral termasuk amanah, keadilan, memelihara maruah, menghormati kepelbagaian dan hak setiap individu. Amalan ini juga seharusnya tidak bercanggah dengan sebarang peraturan dan undang-undang serta menjadi asas kepada budaya dan nilai yang dipegang oleh sesebuah organisasi. Contoh tingkah laku beretika ialah sikap telus dan penerangan secara terperinci oleh institusi perbankan yang memberikan pinjaman kepada para peminjam supaya mereka memahami setiap klausa perjanjian dengan jelas dan terhindar daripada unsur-unsur penipuan. Lihat juga tanggungjawab etika. |
business ethic | etika perniagaan | Pengurusan | Perancangan | Suatu pertimbangan prinsip moral oleh pengurus atau peniaga dalam pembuatan keputusan yang berkaitan dengan urusan perniagaan, yang membimbing perlakuan seseorang untuk membezakan antara tingkah laku beretika dengan tingkah laku tidak beretika. Etika perniagaan berkaitan dengan pertimbangan antara tanggungjawab sosial berbanding dengan matlamat keuntungan semata-mata. Tindakan ini melibatkan perlakuan individu dan juga organisasi perniagaan. Contohnya, pengusaha mengambil keputusan untuk tidak menjual produk kesihatan yang memberikan kesan negatif kepada pengguna walaupun boleh mengaut keuntungan dalam jangka pendek. Lihat juga tingkah laku beretika. |
ethical | beretika | Pendidikan | Tiada | Tingkah laku atau tindakan yang mematuhi tatasusila. |
ethical hacker | penggodam beretika | Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tiada | Seseorang yang menceroboh ke dalam rangkaian komputer untuk menguji atau menilai keselamatan rangkaian, dan bukannya dengan tujuan jahat atau jenayah. |
responsible innovation | inovasi beretika | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Rekaan baharu yang mengutamakan etika dan tanggungjawab sosial dalam penyelidikan, reka bentuk dan pengeluaran teknologi baharu atau evolusi teknologi yang sedia ada. |
ethical practice | amalan beretika | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Penerapan nilai etika terhadap tingkah laku organisasi dalam semua aspek seperti tadbir urus korporat, amalan pekerjaan, hubungan pemegang kepentingan, amalan perakaunan dan tanggungjawab korporat. |
ethical behaviour | tingkah laku beretika | Pentadbiran | Pengurusan | - |
ethical decision making | pembuatan keputusan beretika | Kejururawatan | Tiada | Pertimbangan berdasarkan prinsip nilai dan moral yang mengawal piawaian perilaku. |
socially responsible investment (SRI) | pelaburan sosial beretika (SRI) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Strategi pelaburan untuk menghasilkan kesan positif terhadap sosial dan alam sekitar. |
moral licensing | pelepasan moral | Umum | Tiada | Kecenderungan seseorang untuk berkelakuan kurang beretika atau kurang bertanggungjawab selepas melakukan sesuatu yang dianggap baik atau betul. |