Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.te.ras.kan] | برترسکن

Definisi : ki mempunyai sbg teras (asas, dasar), berasaskan, berdasarkan: Rasulullah telah berjaya menyatupadukan ketiga-tiga kaum itu di bawah perpaduan yg ~ agama Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.te.ras.kan] | برترسکن

Definisi : mempunyai sesuatu sbg teras (asas dsb); berasaskan; berdasarkan: Kebudayaan Kebangsaan Malaysia haruslah ~ kebudayaan Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
teras (kata nama)
Bersinonim dengan asas, dasar, sendi, tapak, tonggak, lunas, pegangan, sandaran, landasan, tunjang, pokok, prinsip, rukun;,
Kata Terbitan : berteraskan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sulmahbenang sulmahKesenianTiadaBenang gimpal berteraskan sutera yang digunakan untuk menyulam topi dan selipar di Pakistan.
recommendation systemsistem pengesyoranSTEMTiadaSistem berteraskan model matematik dan algoritma yang mencadangkan produk atau perkhidmatan yang relevan berdasarkan sikap dan kehendak pengguna.
sentiment analysisanalisis sentimenSTEMTiadaProses berteraskan model matematik dan algoritma dalam pemprosesan bahasa tabii (NLP) dan teknik pembelajaran mesin untuk mengenal pasti, mengekstrak dan mengklasifikasi maklumat subjektif dalam data teks, seperti pendapat, emosi dan sikap pengguna.
foam core boardbod busaKesenianTiadaBod yang berteraskan busa.
ecotourismekopelanconganPerikananTiadaAktiviti rekreasi dan pelancongan yang berteraskan alam semula jadi. Dalam aktiviti ini, pelancong bertanggungjawab memelihara ekosistem semula jadi daripada pelbagai kerosakan. Aktiviti ini mampu menjana ekonomi kepada penduduk setempat. Antara aktiviti ekopelancongan termasuklah aktiviti di pantai, pulau, tasik, gua, hutan dan tanah tinggi.
collaborative economyekonomi kolaboratifEkonomiTiadaSatu sistem pasaran berteraskan kebergantungan pengguna antara satu sama lain dan bukannya bergantung kepada syarikat besar untuk memenuhi kehendak dan keperluan mereka.
sharing economyekonomi perkongsianEkonomiTiadaSatu ekosistem sosial berteraskan perkongsian aset yang menggunakan platform digital untuk mewujudkan nilai ekonomi melalui peningkatan penggunaan sumber di antara individu, perniagaan dan kerajaan.
STEM principleprinsip STEMSTEMTiadaDasar STEM yang berteraskan penyertaan aktif, pemikiran kritikal, penyelesaian masalah dan kerjasama dalam pasukan untuk diterapkan dalam kehidupan seharian.
mimesismimesisKesusasteraanTiadaPrinsip dasar dalam pengkaryaan sastea yang berteraskan peniruan. Menurut Aristotle dan Poetics pada kurun keempat sebelum Masihi, sastera merupakan peniruan kehidupan seperti seadanya. Istilah mimesis ini berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �peniruan�. Lihat juga kritikan mimetik.
chivalric literaturesastera kesateriaanKesusasteraanTiadaBentuk karya sastera yang berteraskan suatu sistem moral dan tata kelakuan kehidupan istana raja-raja. Karya ini hidup subur di Perancis, Sepanyol dan England sekitar abad pertengahan. Tema utama karya ialah kisah kepahlawanan, percintaan, kesetiaan, keberanian, perjuangan, peperangan dan sebagainya. Karya kesateriaan menampilkan wira selaku sateria yang gagah dan berani serta teguh kepada ikatan tradisi istana. Mereka sentiasa berjuang dan mempertahankan maruah, raja, permaisuri, wanita, serta masyarakat yang tertindas. Antara karya yang terkenal ialah kisah kepahlawanan Raja Charlemagne (Perancis), King Horn dan Guy of Warwick (England) dan King Arthur and the Knights of the Round Table dan Ivanhoe (Britain).
1234

Kembali ke atas