Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[di.ba.ja] | دباج

Definisi : sl = kain ~ sj kain sutera yg halus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dibaja


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
croptanamanPertanianAgronomi

 Tumbuhan yang sengaja ditanam pada sesuatu kawasan tanah dengan menggunakan biji benih atau bahan tampang, dibaja dan dilindungi dari musuh dan penyakit serta diberi pengairan, bertujuan mendapatkan hasil yang ekonomik. Hasil tanaman termasuk buah, biji, batang, daun dan akar yang dimakan atau dijadikan bahan asas industri. Contohnya, getah pada asalnya adalah tumbuhan liar di Brazil tetapi menjadi tanaman ekonomi setelah ditanam secara terancang di Malaysia.

eutrophicationpengeutrofikatanBiologiEkologiProses penuaan yang normal yang terjadi dengan perlahan, apabila sebuah tasik berubah menjadi paya atau rawa, dan akhirnya menjadi kawasan daratan yang sempurna. Semasa pengeutrofikatan, tasik menjadi sangat kaya dengan sebatian nutrien, terutama nitrogen, dan fosforus, sehingga alga dan tumbuhan mikrob lain menjadi sangat melimpah. Ini mengakibatkan tasik menjadi sesak dan kering. Pengeutrofikatan dipercepat oleh aktiviti manusia melalui pengayaan jasad air, terutama oleh kumbahan atau air larian kawasan pertanian yang dibaja.
carrying capacitydaya bawaPertanianTiadaBilangan organisma, haiwan atau tumbuhan yang dapat ditampung kehidupannya dalam sesuatu unit keluasan tanah. Daya bawa bergantung kepada faktor iklim, tanah, air dan makanan yang terdapat pada sesuatu kawasan. Contohnya, bilangan lembu yang dapat membesar di kawasan seluas satu hektar, bergantung kepada jenis rumput, tanah, air dan pembajaan yang diterima oleh kawasan berkenaan. Daya bawa kawasan pastura yang dibaja biasanya antara 5 hingga 7 ekor lembu sehektar.

Kembali ke atas