Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dirampas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
order declaring the land forfeit to the State Authorityperintah mengishtiharkan tanah itu dirampasUndang-undangTiadaTiada
political prisonertahanan politikKriminologiKeadilan JenayahSeseorang yang dipenjarakan atau dirampas kebebasan bergerak kerana pegangan atau tindakan politiknya yang berbeza dengan golongan pemerintah. Contohnya, kumpulan individu yang dipenjarakan kerana mengkritik kerajaan atau terlibat dengan kelompok yang dianggap bertentangan dengan pemerintah dari sudut politik.
bootyharta rampasan perangUndang-undangTiadaHarta, senjata dan peralatan yang dirampas daripada musuh dalam perang.
talji’ahketerpaksaan/taljiahPerniagaan IslamTiadaAkad pindah milik harta yang dilakukan oleh individu kerana sesuatu desakan, penganiayaan atau rampasan sebahagian harta miliknya. Contohnya, individu yang menjual rumah kepada rakan supaya rumah tersebut tidak dikuasai atau diambil oleh pihak lain atau pemberian harta kepada waris untuk mengelakkan harta tersebut dirampas.
Attacks 9/11Serangan 11 SeptemberSains PolitikHubungan AntarabangsaSerangan berani mati yang dilakukan oleh golongan yang mempunyai kaitan dengan Osama bin Laden dan al-Qaeda ke atas bangunan World Trade Center di Manhattan, New York City, Amerika Syarikat pada 11 September 2001. Menurut Laporan Suruhanjaya 9/11, empat buah kapal terbang komersial Amerika Syarikat telah dirampas semasa penerbangan domestik. Dua daripadanya melanggar Bangunan World Trade Center di New York City mengakibatkan kedua-dua menara bangunan tersebut runtuh. Kapal terbang yang ketiga terhempas di ibu pejabat Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat, Pentagon, Arlington County, Virginia dan kapal terbang yang keempat terhempas di kawasan pedalaman di Somerset County, Pennsylvania Jumlah kematian akibat tragedi ini ialah 2986 orang.
multinational corporationsyarikat multinasionalUndang-undangUndang-undang AntarabangsaBadan perniagaan yang memiliki atau mengawal pengeluaran barangan atau perkhidmatan di sebuah atau lebih negara selain negara kerakyatannya. Sebuah syarikat multinasional mempunyai hanya satu kerakyatan, umumnya dari negara ia ditubuhkan. Syarikat multinasional tidak memiliki personaliti perundangan antarabangsa. Oleh sebab itu, syarikat ini tidak mempunyai kapasiti untuk menjadi pihak kepada triti antarabangsa dan tidak mempunyai hak untuk membuat tuntutan antarabangsa. Sekiranya harta sesebuah syarikat multinasional dirampas atau dirosakkan di negara selain negara kerakyatannya, negara kerakyatan boleh membuat tuntutan antarabangsa ke atas negara bersalah, dengan syarat syarikat berkenaan telah membuat tuntutan berhubung semua remedi tempatan di negara bersalah sehingga tuntas. Walaupun syarikat multinasional tidak mempunyai kapasiti untuk menjadi pihak kepada triti antarabangsa, ia boleh membuat kontrak antarabangsa dengan negara. Kontrak sebegini boleh memperuntukkan bahawa sebarang perte
Atlantic CharterPiagam AtlantikSains PolitikHubungan AntarabangsaPiagam yang dipersetujui pada tahun 1941 hasil pertemuan antara pemimpin British, Winston Churchil dengan Presiden Amerika, Roosevelt. Piagam ini menggariskan asas politik kedua-dua buah negara. Prinsip piagam adalah seperti yang berikut: i. kedua-dua kuasa tidak bertujuan untuk memperluas wilayah masing-masing; ii. mereka tidak berniat untuk mengubah ruang wilayah yang tidak diingini oleh rakyat negara berkenaan; iii. mereka menghormati hak semua bangsa untuk menentukan bentuk pemerintahannya. Hak kedaulatan dan pemerintahan sendiri yang dirampas secara kekerasan harus dikembalikan semula kepada rakyat negara yang berkenaan; iv. mereka akan berikhtiar memajukan perhubungan baik antara semua bangsa, tanpa mengira negara besar atau kecil, bangsa yang kalah atau yang menang, dan juga akan berusaha memajukan perdagangan dan bahan mentah dunia atas dasar persamaan yang diperlukan bagi kemakmuran ekonomi; v. mereka akan berusaha memajukan kerjasama sepenuhnya bagi kesemua negara dalam bidang ekonomi, memper

Kembali ke atas