Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. tali pencerut (tali yg disimpulkan) utk menangkap binatang dll; jenis-jenisnya: ~ bidas, ~ bingkas, ~ embat, ~ tanjul; me­nahan ~ memasang jerat; 2. ki tipu muslihat utk menyusahkan (merugikan dll) orang; ~ halus kelindan sutera prb tipu muslihat yg sangat halus; ~ semata bonda kandung prb anak tunggal yg sangat dimanjakan; ~ serupa jerami prb tipu muslihat yg tersembunyi dlm kesukaan; bagai menjenguk ~ sial prb benci akan sesuatu pekerjaan tetapi terpaksa me­lakukannya juga; menahan ~ di tempat genting prb mencari keuntungan drpd ke­susahan (penderitaan) orang lain; ter­pasang ~ halus prb dikenakan tipu muslihat; tahan ~ sorong kepala prb hendak men­celakakan orang lain, tetapi diri sendiri yg mendapat celaka; sejerat Mn seikat, seberkas; menjerat 1. memasang jerat, menangkap dgn jerat: ~ burung (kijang dll); 2. ki me­lakukan tipu muslihat, menyusahkan (men­celakakan) orang dgn tipu muslihat: hati-hati engkau, jangan dijerat oleh perempuan jalang itu; terjerat 1. tertangkap dgn jerat; 2. ki tertipu, terpedaya; penjerat 1. orang yg menjerat; 2. alat utk menjerat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jerat
Rujuk :perangkap

Puisi
 

Jerat semata di hujung tanjung,
     Terkena landak jantan betina;
Panjang dikerat pendek disambung,
     Untuk kita bekerjasama.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Jerat tiada lupa akan balam,
     tetapi balam lupa akan jerat.

Bermaksud :

Sudah lupa akan bahaya, tetapi sebenarnya bahaya masih tetap mengancam. balam = burung tekukur.

 

Lihat selanjutnya...(17)

Lihat selanjutnya...(1)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
tangle netpukat jerat-kusutPerikananTiadaTiada
entangling gearperalatan jerat-kusutPerikananTiadaTiada
trap and tracejerat dan jejakTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPeranti yang menganalisis isyarat elektronik atau isyarat lain dan seterusnya menentukan identiti pengenalan dan lokasi sumber isyarat tersebut untuk membolehkan penjejakan sumber komunikasi atau penjejakan pihak yang terlibat dalam komunikasi berkenaan.
loop line fisheryperikanan jerat gelungPerikananTiadaTiada
shaft-and-chamber tombjerat berbilikSejarahTiadaTiada
popular musicmuzik popularMuzikTiada

 Muzik yang diketahui dan digemari ramai, dan disebarkan melalui media massa. Melodi, meter, harmoni, bentuk dan liriknya tidak kompleks dan berdasarkan idiom muzik pop Anglo-Amerika. Melodi mudah diingati dan gayanya biasa berubah mengikut cita rasa pendengar. Alat muzik Barat seperti gitar, pensintesis, dram dan alat muzik tempatan seperti gambus, tabla dan rebana digunakan dalam muzik popular Malaysia. Contohnya, lagu seperti <i>Jerat Percintaan i>yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza, <i>Fantastik i>oleh KRU, <i>Sinaran i>oleh Sheila Majid dan <i>Sampaikan Salam i>oleh kumpulan Alleycats. <i>Sinonim i>muzik pop.

slag codekod lebihanTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKod pengaturcaraan yang bertindak bom logik yang disertakan secara sengaja atau tidak sengaja bersama kod atur cara yang lain dalam suatu perisian. Kod lebihan ini direka bentuk untuk menjalankan arahan pada masa atau keadaan pada sistem tertentu. Tindakan yang mungkin berlaku adalah arahan henti sepenuhnya pada perisian tersebut tanpa mengambil kira aktiviti lain yang sedang dijalankan oleh perisian. Contohnya, tetingkap amaran tanpa maklumat yang ditulis sebagai kod jerat sementara, mungkin akan terpapar pada setiap ralat yang dilakukan oleh sistem.

Kembali ke atas