dot hybridization | penghibridan titik | Biologi | Genetik | Teknik separa kuantitatif untuk menilai kekerapan relatif jujukan-jujukan asid nukleik dalam satu campuran, atau takat persamaan antara beberapa jujukan homolog. Titik penghibridan ini dianggarkan secara separa kuantitatif dengan melihat persamaan bintik pada piawai radioaktif. |
CEN sequence | jujukan CEN | Biologi | Genetik | Jujukan lebih kurang 110 bp yang biasa terdapat pada DNA sentromer dan kaya dengan jujukan AT. Jujukan ini mengandungi satu jujukan 14 bp terpulihara pada satu penghujung dan satu jujukan 11 bp terpulihara pada penghujung yang lain. |
global sequence alignment | penjajaran jujukan menyeluruh | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah susun atur yang optimum secara menyeluruh ke atas keseluruhan jujukan yang dikaji. Penjajaran jujukan menyeluruh ini sesuai diaplikasikan ke atas dua jujukan yang mempunyai panjang yang hampir sama dan komposisi jujukan yang hampir serupa. |
repeated sequence | jujukan ulangan | Farmasi | Bioteknologi Farmasi | Satu set jujukan bes berulang dalam rantai DNA. Terdapat pelbagai jenis jujukan ulangan, antaranya jujukan ulangan tandem |
increasing sequence | jujukan menokok; jujukan meningkat | Matematik | Tiada | Tiada |
tandem repeats | ulangan tandem | Sains Forensik | Tiada | Unit ulangan bagi jujukan DNA yang sama dan disusun secara berturut-turut dalam kromosom. Contohnya, dalam jujukan ATCGATCGATCGATCG, jujukan pendek ATCG diulang sebanyak empat kali. Dalam pengujian forensik DNA yang berdasarkan ulangan tandem pendek, jujukan pendek ini biasanya terdiri dari 2 hingga 7 nukleotida. |
Shine-Dalgarno sequences | jujukan Shine-Dalgarno | Bioteknologi | Tiada | Sebahagian atau semua jujukan polipurina AGGAGG yang terletak pada mRNA sebelum kodon pemula AUG. Jujukan ini berkomplemen dengan jujukan 3’rRNA 16S dan terlibat dalam pengikatan ribosom dengan mRNA. |
concensus sequence | jujukan konsensus | Bioteknologi | Tiada | Jujukan purata, iaitu setiap jujukan yang paling kerap didapati pada kedudukan tertentu dalam satu set kromosom dan digunakan untuk tapak penyambatan. |
pair-wise sequence alignment | penjajaran jujukan berpasangan | Bioinformatik | Bioinformatik Molekul | Kaedah menyusun jujukan DNA, RNA atau protein dengan pasangan jujukan dalam satu masa bagi mengenal pasti padanan nukleotida atau asid amino dalam sesuatu kawasan jujukan yang tertentu. Padanan ini membolehkan pentafsiran dibuat berdasarkan fungsi dan struktur dalam kalangan jujukan tersebut. Lihat juga penjajaran jujukan berbilang. |
sequence | jujukan | Sains Forensik | Tiada | Susunan linear unit monomerik yang berbeza dalam suatu polimer seperti jujukan asid amino dalam suatu protein atau jujukan nukleotida dalam suatu asid nukleik. Dalam DNA, jujukan ditulis sebagai turutan abjad (A, C, G, T) yang mewakili nukleotida yang membentuk molekul tersebut. Jujukan DNA ulangan pendek yang terdiri daripada beberapa nukleotida menjadi tumpuan dalam pengujian DNA forensik pada masa kini. |