evolutionary rate | kadar evolusi | Biologi | Genetik | Kepesatan berlakunya evolusi yang terbahagi kepada tiga, iaitu takiteli, braditeli dan horoteli. |
dark energy | tenaga gelap | STEM | Tiada | Tenaga hipotetikal yang menjadi punca kepada kepesatan pengembangan galaksi. |
genomic privacy | privasi genomik | STEM | Tiada | Kerahsiaan data set lengkap gen daripada disalah guna dalam kepesatan aktiviti penjujukan genom dan perubatan yang diperibadikan. |
roof tile | genting | Kesenian | Seni Bina | Kepingan leper atau melengkung yang digunakan sebagai penutup bumbung rumah. Bahan asas untuk menghasilkan genting biasanya diperbuat daripada tanah liat. Namun, dengan kepesatan teknologi yang berlaku, genting kini diperbuat daripada bahan seperti konkrit dan bahan-bahan ciptaan baharu yang lain. Kualiti bahan mentah yang digunakan untuk membuat genting seharusnya baik supaya dapat meminimumkan kadar serapan air dan mengelakkan kebocoran apabila hujan lebat. |
agrarian party | parti agraria | Sains Politik | Politik Perbandingan | Parti yang mewakili kepentingan masyarakat tani. Parti ini amat dominan di negara Eropah khususnya negara seperti Norway, Denmark, Finland, Sweden, Hungary dan Poland pada pertengahan abad ke-20. Namun kepesatan perindustrian dan perbandaran telah menghakis perkembangan parti jenis ini. Contohnya, Parti Keskustapuolue di Finland. |