Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.se.pa.duan] | کسڤادوان

Definisi : keadaan bersepadu, perihal ber­sepadu menjadi kesatuan yg utuh: malahan ~ komuniti itu diasaskan pd pertalian kekeluargaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kesepaduan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cohesionkesepaduanSains PolitikPolitik PerbandinganPertautan atau persepaduan di kalangan anggota, kelompok atau etnik dalam sesebuah masyarakat. Tahap kesepaduan merupakan ukuran sosial yang penting bagi mempengaruhi kestabilan ekonomi dan politik masyarakat. Masyarakat mempunyai kesepaduan yang tinggi apabila anggota, kelompok atau etniknya menjalankan fungsi masing-masing dalam struktur masyarakat tersebut. Hal ini bermakna, kesepaduan hanya boleh tercapai apabila setiap kelompok masyarakat memenuhi dan memahami fungsi masing-masing sebagai sebahagian daripada struktur yang membentuk masyarakat. Kesepaduan yang tinggi dilambangkan dengan darjah konflik yang rendah. Contohnya, kesepaduan yang telah dibentuk dalam masyarakat Malaysia.
cohesionkesepaduanSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
colour coordinationkoordinasi warnaLandskapTiadaKesepaduan warna dalam suatu skema warna.
poststructuralist criticismkritikan pascastrukturalisKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang mempertikaikan kestabilan struktur dan makna dalam kesepaduan sistem bahasa kerana kedua-duanya dianggap sebagai sautu ilusi. Pascastrukturalis menaungi beberapa pendekatan kritikan satea termasuklah dekonstruksi, kritikan respos pembaca, kritikan feminis dan kritikan pascakolonial. Secara dasarnya, kritikan pascastrukturalis cuba melengkapi kekurangan kritikan strukturalis yang mengabaikan elemen-elemen dalam karya sastea seperti perana pembaca dan pengarang serta fungsi ideologi. Contoh pengkritik yang mengamalkan kritikan pascastrukturalis ialah Jacques Derrida dengan teori dikonstruksinya, Roland Barthes dalam karyanya berjudul S/Z, Jacques Lacan dan Julia Kristeva dalam teori-teori psikoanalitiknya. Kritikan ini berasaskan aliran pascastrukturalisme. Lihat juga dekonstruksi, kritikan pascakolonial, kritikan struktural.
speculative approachpendekatan spekulatifPendidikanTiadaProsedur pemikiran yang sistematik tentang semua yang wujud untuk mencari kesepaduan bagi semua pengetahuan dan pengalaman.
aquaponicakuaponikPertanianAgroteknologiKaedah pertanian yang menggabungkan kaedah akuakultur dan hidroponik. Ia merupakan satu sistem kesepaduan kitaran hidupan tanaman dan hidupan akuatik yang saling bergantung antara satu sama lain bagi menghasilkan produk pertanian yang segar dan berkualiti tinggi. Melalui kaedah ini, hidupan akuatik seperti ikan dan udang diternak di dalam tangki atau akuarium, yang airnya akan digunakan untuk keperluan tanaman seperti sayur-sayuran yang ditanam secara hidroponik. Air sisa perkumuhan daripada ikan atau udang tersebut dapat menjadi sumber nutrien yang tinggi khasiatnya bagi tanaman berkenaan. Selepas itu, air yang telah bersih hasil daripada penyerapan sisa perkumuhan oleh tanaman tersebut, dikitar semula masuk ke dalam tangki bagi keperluan hidupan akuatik berkenaan. Sinonim agropisikultur, pisiponik.
visual cohesionpaduan visualLandskapTiadaPenggunaan elemen tertentu yang berlainan di suatu kawasan yang dapat memberi satu keadaan kesepaduan apabila dilihat secara visual.
collective actiontindakan kolektifPentadbiranPentadbiran Awam

Langkah yang diambil secara bersama oleh kumpulan individu dalam organisasi bertujuan untuk menunjukkan kesepakatan dan kesepaduan anggota bagi memenuhi keperluan, tujuan dan hasrat kelompok tersebut. Tindakan ini boleh berlaku dalam dua bentuk, (i) kelompok yang melaksanakan sesuatu tindakan berasaskan agenda yang telah dipersetujui secara bersama bagi memenuhi sesuatu matlamat dan kepentingan awam. Tindakan ini berlaku hasil dari musyawarah, rundingan dan muafakat. (ii) kelompok yang membuat tuntutan tertentu untuk kepentingan mereka dengan mengadakan rundingan bersama pihak pengurusan, penyerahan memo, piket dan mogok. Tindakan kolektif mewujudkan rasa tanggungjawab dan kesediaan menanggung sebarang bentuk risiko yang mungkin dihadapi secara bersama bagi mengelakkan anggota organisasi menyalahkan sesama mereka.

CASE workbenchmeja kerja CASETeknologi MaklumatPerisianSet peralatan CASE yang bersepadu yang menyokong aktiviti atau fasa proses utama seperti spesifikasi perisian, reka bentuk atau pengurusan konfigurasi. Aspek kesepaduan pada meja kerja CASE membolehkan pembangunan sistem dapat dilaksanakan dengan lebih cepat dan berkesan.
monolithic partyparti monolitikSains PolitikPolitik PerbandinganParti politik yang mempunyai kedudukan yang sangat signifikan dalam masyarakat. Parti jenis ini memiliki ciri-ciri seperti sangat dominan, bersaiz besar, sukar diatasi oleh parti lain, mempunyai tahap kesepaduan dan ketahanan yang tinggi serta pengalaman yang banyak. Ciri-ciri ini telah menjadikan kedudukan parti ini sukar dicabar. Contohnya, Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura dapat dianggap sebagai parti monolitik memandangkan kedudukannya yang diterima ramai. Sinonim parti teguh.
12

Kembali ke atas