pantomime | pantomim | Kesusasteraan | Tiada | 1. Lakonan atau hiburan yang pelakon-pelakonnya menyatakan fikiran dan aksi hanya melalui pergerakan.,2. Seni dan teknik menyatakan emosi atau perasaan melalui gerakan tanpa dialog. |
improvisation | improvisasi | Kesenian | Drama dan Teater | 1. Teknik lakonan yang menyesuaikan sesuatu suasana baharu secara spontan dalam persembahan drama. 2. Teknik latihan lakonan yang menguji tindak balas pelakon untuk membantu mengembangkan watak dan pergerakan di atas pentas. |
theatre | teater | Kesenian | Drama dan Teater | 1. Tempat persembahan lakonan. 2. Perlakuan kisah atau lakonan dalam ruang lakon yang mewujudkan hubungan aksi dan reaksi antara para pelakon dengan khalayak. |
drama in education | drama dalam pendidikan | Kesenian | Drama dan Teater | 1. Teknik lakonan yang digunakan sebagai satu kaedah pengajaran dan pembelajaran. 2. Pementasan yang berfungsi untuk mendidik atau memberikan pengajaran kepada pelajar sekolah. |
timing | pemasaan | Komunikasi | Tiada | 1. Tempo dan kelancaran lakonan dalam adegan yang dicipta melalui ritma yang dilakonkan oleh pelakon. 2. Penilaian terhadap kepadatan dan keseimbangan setiap ambilan supaya mencapai tahap kontras warna yang seimbang. 3. Tempoh masa sebenar pembikinan filem yang dicadangkan. Contohnya, dalam aspek penyediaan skrip oleh penyelia skrip, beliau akan menentukan tempoh masa sesuatu adegan di dalam skrip. Adegan yang terlalu panjang boleh dipendekkan tanpa perlu menunggu proses suntingan. |
burlesque | burlesk | Kesusasteraan | Tiada | 1. Satu bentuk komedi yang dikenali melalui perlakuan atau lakonan yang dilebih-lebihkan untuk menimbulkan kesan lucu dan menggelikan hati. |
imitation | imitasi | Kesenian | Drama dan Teater | 1. Teori Aristotle yang merujuk lakonan sebagai peniruan kehidupan. 2. Perlakuan yang meniru tingkah laku dan peristiwa daripada kehidupan sebenar. Perlakuan ini terhasil melalui proses saringan dramatik. |
pre-recording | prarakaman | Komunikasi | Tiada | 1. Proses merakam bahan penerbitan seperti bunyi muzik, lagu dan lakonan sebelum proses pengadunan akhir dibuat. 2. Hasil penerbitan atau rancangan radio dan televisyen yang disiapkan lebih awal dan disiarkan pada masa yang dijadualkan. |
sketch | sketsa | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | 1. Lukisan yang dibuat secara kasar dan cepat.,2. Karangan atau lakonan pendek yang menggelikan hati. |
scene | adegan, pemandangan | Kesusasteraan | Tiada | 1. Tempat sesuatu aksi berlaku dan dialog dituturkan.,2. Bahagian-bahagian kecil dalam babak atau lakonan. |