pollen substitute | debunga gantian | Pertanian | Agronomi | Makanan untuk lebah madu yang menggantikan debunga dan terdiri daripada campuran yang tinggi kandungan proteinnya. Campuran ini mengandungi tepung soya, susu tepung tanpa lemak dan yis pembru. Debunga gantian digunakan sebagai makanan lebah madu dalam keadaan sukar untuk mendapatkan debunga. |
honey bee | lebah madu | Perhutanan | Tiada | Tiada |
stingless bee | kelulut | Biologi | Entomologi | Lebah madu dalam subfamily Apidae, yang bersaiz kecil, hidup berkoloni di dalam tanah atau pada batang kayu tua, dan tidak menyengat, tetapi dapat menggigit. Lebah ini kebanyakannya terdapat di kawasan tropika. |
honeycomb | komb madu | Biologi | Entomologi | Sel lilin yang dihasilkan oleh lebah madu untuk menyimpan madu dan berfungsi sebagai sel seperinduk. Sel ini dibina daripada lilin yang dirembeskan oleh empat pasang kelenjar yang terletak di dalam membran di bawah segmen abdomen ketiga, keempat, kelima, dan keenam. |
pollen supplement | debunga tambahan | Pertanian | Agronomi | Debunga gantian yang ditambah dengan 2 hingga 25 peratus debunga. Debunga tambahan digunakan untuk merangsang pembiakan lebah madu semasa kekurangan sumber debunga seperti kemarau. Di samping itu, debunga tambahan juga digunakan semasa menubuhkan koloni baru. |
honey bee | lebah madu | Biologi | Entomologi | Lebah akuleat yang kebanyakan spesiesnya hidup bersama-sama. Lebah ini biasanya dipelihara untuk pengeluaran madu. |
honey stomach | perut lebah | Biologi | Entomologi | Tembolok lebah madu tempat nektar bercampur dengan enzim dari kelenjar liur dan berubah menjadi madu sebelum dikeluarkan. |
apiculture | apikultur | Pertanian | Agroteknologi | Aktiviti memelihara lebah untuk mendapatkan madu dan produk lain seperti lilin lebah, propolis, debunga dan madu ratu lebah. Selain itu, sarang lebah dan koloni lebah dijaga supaya dapat dijual untuk tujuan pendebungaan. Secara umumnya, madu dan produk-produk lebah ini boleh diperoleh daripada tiga sumber utama, iaitu lebah ternak, lebah liar atau lebah tualang dan juga kelulut. Di Malaysia, kawasan utama pengeluaran madu lebah terdapat di Johor, Selangor dan Perak. |
labellum | labelum | Biologi | Histologi dan Sitologi | 1. Petal yang terletak di sebelah bawah, walaupun secara morfologinya pada posterior bunga orkid. mesopetalum. 2. Staminoid sisi yang bercantum, seperti pada bunga famili Zingiberaceae. 3. Lobus kecil di bawah labrum atau palpus labium pada serangga. lobus probosis. 4. Struktur yang menyerupai sudu pada glosa lebah madu. |
attractive plant | tumbuhan penarik | Pertanian | Agronomi | Tumbuhan yang mempunyai sifat seperti bunga yang besar dan berwarna cerah atau berbau harum yang menjadi daya tarikan, terutamanya kepada serangga. Contohnya, pokok bunga cempaka. Kadangkala tumbuhan penarik sengaja ditanam untuk menggalakkan kumbang menghampiri tumbuhan ini dan seterusnya menggalakkan pendebungaan. Tumbuhan penarik juga ditanam dalam pengeluaran lebah madu supaya populasi lebah berhampiran sarang lebah akan meningkat. |