disposal | pembuangan | Sejarah | Tiada | Perihal membuang atau melupuskan sesuatu mengikut sesuka hati. |
deep well injection | pancutan telaga dalam | Kejuruteraan | Tiada | Kaedah melupuskan sisa cecair dengan mengepamkannya ke dalam rongga subpermukaan dan liang dalam batu hamparan. |
deep well disposal | lupus telaga dalam | Kejuruteraan | Tiada | Kaedah melupuskan sisa cecair dengan mengepamkannya ke dalam rongga subpermukaan dan liang dalam batu hamparan. |
pit latrine | tandas gali | Kejuruteraan | Tiada | Lubang yang dijadikan tandas untuk melupuskan najis manusia di tempat yang tidak disediakan sistem olahan kumbahan. |
capacity, inverted | kapasiti songsang | Hidrologi | Tiada | Kadar maksimum sesuatu perigi imbuh dapat melupuskan air yang dimasukkan ke dalamnya. |
lapse notice | notis lupus | insurans | Tiada | Notis daripada insurer kepada insured untuk melupuskan polisi insuransnya apabila polisi tersebut tidak berkuat kuasa lagi disebabkan insured tidak membayar premium pembaharuannya atau insurer tidak ingin memperbaharui polisi tersebut. |
murder victim concealment | penyembunyian mangsa bunuh | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Perbuatan seseorang yang menyembunyikan mangsa bunuh bagi melupuskan bahan bukti dan mengelakkan liabiliti jenayah. Antara cara yang digunakan adalah dengan cara menyorokkan, menanam, membakar dan meletupkan mangsa. |
green chemistry | kimia hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Reka bentuk produk dan proses kimia yang boleh mengurangkan atau melupuskan penggunaan atau penjanaan bahan berbahaya terhadap manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar. |
white technology | teknologi putih | Pertanian | Agroteknologi | Salah satu cabang bioteknologi yang diguna pakai dalam proses industri. Contohnya, penggunaan mikroorganisma untuk menghasilkan bahan kimia seperti enzim dan katalis, atau untuk melupuskan bahan kimia berbahaya. Teknologi ini boleh mengurangkan penggunaan sumber, selain dapat menggalakkan pengurusan industri dengan lebih cekap. Teknologi ini banyak digunakan dalam industri farmaseutikal dan perubatan. |
green building | bangunan hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Struktur lestari yang mesra alam sekitar di sepanjang kitar hayat, bermula daripada proses merancang, mereka bentuk, membina, menyelenggara, mengubah suai, meroboh dan melupuskan sisa. Bangunan hijau dibina dengan menitikberatkan orientasi optimum bangunan di atas tapak pembinaan, penggunaan bahan binaan hijau, penggunaan tenaga dan air yang cekap, penelitian terhadap kualiti persekitaran dalam bangunan dan penghasilan sisa yang minimum. |