democratic leader | pemimpin demokratik | Pentadbiran | Tiada | Pemimpin yang sentiasa membimbing dan menggalakkan pekerja bersama-sama membuat keputusan. |
tutelary state | negara pengasuh | Sains Politik | Politik Perbandingan | Negara yang berperanan membimbing rejim asuhan ke arah pemerintahan yang lebih baik, demokratik atau maju. Hubungan ini tidak bersifat penjajahan tetapi lebih bersifat membantu tanpa ikatan kontraktual. Negara pengasuh biasanya memberikan sumbangan dari segi ekonomi, infrastruktur, pendidikan dan sosial kepada negara baharu ini. Negara bekas penjajah juga sering menjadi negara pengasuh kepada bekas tanah jajahannya. Contohnya, Great Britain menjadi negara pengasuh kepada Malaysia, India dan Sri Lanka. |
Prophet | Rasul | Sejarah | Tiada | Pesuruh Allah yang diutuskan untuk menjadi khalifah di bumi membimbing umat manusia ke jalan yang benar. |
buddy system | sistem sahabat | Pentadbiran | Tiada | Sistem suai kenal yang melibatkan pekerja berpengalaman membimbing dan memperkenalkan pekerja baru kepada persekitaran tempat kerja dan rakam sekerja. |
Malaysia Tenpin Bowling Congress (MTBC) | Kongres Boling Sepuluh Pin Malaysia (KBSPM) | Sukan | Boling | Sebuah badan yang bertanggungjawab mengurus dan membimbing pemain Sukan Boling Sepuluh Pin di peringkat kebangsaan, yang diiktiraf oleh Majlis Olimpik Malaysia dan kerajaan Malaysia. |
business ethic | etika perniagaan | Pengurusan | Perancangan | Suatu pertimbangan prinsip moral oleh pengurus atau peniaga dalam pembuatan keputusan yang berkaitan dengan urusan perniagaan, yang membimbing perlakuan seseorang untuk membezakan antara tingkah laku beretika dengan tingkah laku tidak beretika. Etika perniagaan berkaitan dengan pertimbangan antara tanggungjawab sosial berbanding dengan matlamat keuntungan semata-mata. Tindakan ini melibatkan perlakuan individu dan juga organisasi perniagaan. Contohnya, pengusaha mengambil keputusan untuk tidak menjual produk kesihatan yang memberikan kesan negatif kepada pengguna walaupun boleh mengaut keuntungan dalam jangka pendek. Lihat juga tingkah laku beretika. |
corporate parenting | pengindukan korporat | Pengurusan | Perancangan | Tindakan pihak pengurusan atasan pada peringkat ibu pejabat untuk mengawasi keputusan dan tindakan daripada unit perniagaan strategik (SBU) dengan membimbing mereka melalui bantuan kepakaran dan peruntukan sumber. Tujuan pengindukan korporat adalah untuk menyelaraskan perjalanan organisasi dari segi perancangan strategik, nilai korporat, penstrukturan organisasi dan belanjawan modal syarikat. Contoh skop pengindukan korporat ialah polisi pembangunan sumber manusia dalam menjayakan perancangan strategik sesuatu jabatan atau anak syarikat. Lihat juga unit perniagaan strategik. |