logging off | pengelogan keluar | Kejuruteraan | Tiada | Proses mengakhiri operasi dengan sesuatu sistem. |
dispute settlement | penyelesaian sengketa | Undang-undang | Undang-undang Antarabangsa | Perbuatan untuk mengakhiri sesuatu pertelingkahan. Dalam undang-undang antarabangsa, penyelesaian sengketa boleh dilakukan dengan pelbagai cara, antaranya ialah cara diplomatik seperti rundingan, siasatan, perdamaian, pengantaraan dan jasa baik. Penyelesaian sengketa juga boleh dilakukan dengan cara perundangan seperti kaedah timbang tara dan penyelesaian kehakiman. Contohnya, penyelesaian sengketa antara Malaysia dengan Singapura tentang pemilikan Batu Putih (Pedra Branca) yang dilakukan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Selain itu, penyelesaian sengketa juga boleh dilakukan dengan cara pemaksaan seperti kaedah retorsi, tindakan balas dan penggunaan kekerasan tetapi dengan prasyarat dan syarat-syarat tertentu. |
coup de grace | coup de grace | Sejarah | Tiada | Tindakan atau kejadian yang mengakhiri sesuatu; satu kejadian yang pasti mempunyai penamat. |
T-suppressor cell | sel T penindas | AIDS | Tiada | Komponen limfosit T, fungsinya untuk mengakhiri respons imun apabila semua mikroorganisma yang menyerang telah musnah. |
zeugite | zeugit | Biologi | Mikologi | Organ yang mengandungi zigot matang setelah melalui persenyawaan dan mengakhiri fasa diskarion. |
entry | cecah | Sukan | Terjun | Keadaan ketika tangan atau kaki penerjun mula-mula menyentuh permukaan air, yang mengakhiri pergerakan terjun. |
self check-out terminal | terminal daftar keluar sendiri | Pelancongan | Tiada | Pangkalan yang digunakan untuk pendaftaran keluar bagi mengakhiri perkhidmatan seperti penginapan di hotel. |
termination sequence | jujukan penamatan | Bioteknologi | Tiada | Jujukan DNA yang terdapat pada hujung unit transkripsi, yang memberikan isyarat untuk mengakhiri transkripsi. |
masculine rime/ masculine rhyme | rima ekasuku | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang terjadi pada suku kata yang ditekankan dan suku kata yang mengakhiri kata-kata irama. |
across acting | gerak lintang | Kesenian | Drama dan Teater | Pergerakan terarah yang dilakukan oleh pelakon yang memegang watak untuk menonjolkan atau mengakhiri peranan. |