running sinker | ladung gerak | Perikanan | Tiada | Pemberat yang dipasang pada tali pancing secara bebas. Tali pancing dimasukkan melalui ladung dan ia boleh menggelungsur. Semasa memancing, ladung gerak akan tersekat pada kili dan menyebabkan mata pancing jatuh ke bawah. Ladung ini digunakan untuk memancing ikan yang sensitif pada pemberat. |
freelining | pancing bebas | Perikanan | Tiada | Kaedah memancing dengan melepaskan tali pancing secara bebas ke dalam air tanpa menggunakan pemberat. Melalui kaedah ini, mata kail diikat pada tali dan dilontarkan serta dibiarkan tenggelam secara graviti. Tali pancing bebas bergerak mengikut arus, namun kaedah ini hanya sesuai digunakan di kawasan air yang tenang. |
tilt fishing | pancing taut | Perikanan | Tiada | Kaedah memancing menggunakan batang kayu yang dililitkan dengan tali dan kail di hujungnya. Batang kayu ini di dipacak condong pada tanah dan tali pancing diletakkan di dalam air secara menegak. Kaedah memancing ini digunakan semasa memancing di sawah padi, sungai dan perairan yang tidak berarus. |
fly fishing line | tali pancing layang | Perikanan | Tiada | Tali pancing bersaiz besar yang agak berat tetapi berupaya terapung di atas air. Tali pancing layang digunakan untuk memancing di kawasan air deras atau tasik. Ketebalan tali akan menghasilkan daya pemberat semasa lontaran ke lokasi sasaran. Sejarah awal tali pancing layang diperbuat daripada sutera, tetapi kini ia diperbuat daripada bahan filamen sintetik yang bergaris pusat antara 1.5 mm hingga 2 mm. Sinonim tali layang. |
dead drift | hanyut mati | Perikanan | Tiada | Teknik memancing yang dilakukan dengan membiarkan umpan hanyut bersama-sama arus. Teknik ini digunakan untuk memancing di sepanjang laluan arus. Teknik ini digunakan dalam pancing layang. Lihat juga pancing layang. |
finesse fishing | pancing teliti | Perikanan | Tiada | Kaedah memancing dengan memasang lampu pada tali pancing semasa berada di kawasan perairan yang bergelora. Lampu yang dipasang akan menarik perhatian ikan walaupun aktiviti memancing dilakukan di kawasan air yang bergelora. |
angler | pemancing | Perikanan | Tiada | Individu yang mempunyai hobi memancing, sama ada memancing di kawasan air tawar atau di laut untuk mengisi masa lapang. Peralatan khusus yang digunakan oleh pemancing termasuklah joran, tali pancing, kail dan umpan. |
anchor fishing | pancing sauh | Perikanan | Tiada | Kaedah memancing di tengah laut atau tasik dengan menggunakan bot yang dilabuhkan sauhnya. Kawasan memancing yang dipilih ialah lubuk yang mengandungi pelbagai jenis ikan. Tali pancing diikat pada ladung pemberat dan dilepaskan sehingga mencecah ke dasar air. Kaedah ini berkesan untuk menangkap ikan yang berada di dasar air. |
sink tip | tikas tenggelam | Perikanan | Tiada | 1.����� Bahagian hujung tali pancing layang yang mudah tenggelam. Tali pancing sedemikian digunakan untuk memancing ikan di bawah permukaan air. 2. Kawasan sempit di antara tikas air pasang dengan air surut yang menjadi tempat tumpuan pemancing. 3. Jajaran sungai yang mempunyai sedikit arus. Jajaran ini menjadi tempat tumpuan pemancing kerana terdapat banyak ikan. Contohnya, di empangan. |
chumming (fish) | mengibu | Perikanan | Tiada | Kaedah menarik perhatian atau mengumpulkan sekumpulan ikan, sama ada dengan cara menabur umpan seperti roti, pelet, dedak atau anak ikan sebelum aktiviti memancing dilakukan. Kaedah ini digunakan bersama-sama peralatan memancing seperti pancing atau jala. Contohnya, umpan ditabur terlebih dahulu untuk menarik perhatian ikan supaya datang ke kawasan sasaran sebelum aktiviti memancing dilakukan. Sinonim tabur umpan, mengumpan. |