mousquetaire glove | sarung tangan mousquetaire | Kesenian | Tiada | 1. Sarung tangan panjang dan longgar, dipakai dengan melorotkan lengannya ke pergelangan tangan.,2. Sarung tangan panjang dan longgar yang berbelah dan berbutang di pergelangan tangan, dipakai dengan cara memasukkan tangan dan disingsing ke siku, dipakai bersama-sama pakaian malam formal. |
opera glove | sarung tangan opera | Kesenian | Tiada | Sarung tangan panjang yang adakalanya dibuat tanpa jari ibu. |
glove lengths | ukuran sarung tangan | Kesenian | Seni Reka Fesyen | Istilah untuk ukuran panjang sarung tangan yang berdasarkan jumlah butang. Satu butang bermakna sarung tangan paras pergelangan tangan. Enam butang bermakna sarung tangan paras separuh hasta. Enam belas butang bermaksud sarung tangan paras siku. |
darning (needles) | jarum jerumat | Kesenian | Tiada | Jarum tangan panjang bermata kasar yang digunakan untuk menjerumat kain atau pakaian. |
glove band | pita sarung tangan | Kesenian | Seni Reka Fesyen | Reben atau pita daripada rambut ekor kuda yang dianyam tocang. Diikat pada siku untuk menetapkan kedudukan sarung tangan panjang. Digunakan oleh wanita pada pertengahan abad ke-17 hingga ke-18. |
milliners (needle) | jarum miliner | Kesenian | Tiada | Jarum tangan yang panjang, bermata bulat dan kecil digunakan untuk menjelujur dan membuat kedut pada topi. |
phalanges | falang | Sains Sukan | Biomekanik | Tulang panjang pada jari tangan dan jari kaki. |
overarm length | panjang lengan atas | Kesenian | Tiada | Panjang bahagian atas lengan dua keping dari pangkal bahu ke pergelangan tangan. |
metacarpal | metakarpus | Sains Sukan | Biomekanik | Salah satu daripada lima tulang panjang di bahagian tapak tangan. |
abductor pollicis longus muscle | otot abduktor polisis longus | Perubatan | Tiada | Otot abduktor panjang pada ibu jari tangan. |