brown ring test | ujian cincin perang | Kimia | Tiada | Ujian untuk menentukan kehadiran ion nitrat, NO3‒, di dalam larutan akueus. Larutan ferum(II) sulfat dicampurkan ke dalam larutan yang hendak diuji. Asid sulfurik pekat dialirkan perlahan-lahan melalui dinding tabung uji supaya terbentuk dua lapisan cecair. Pembentukan cincin perang antara dua lapisan cecair tersebut menunjukkan kehadiran ion nitrat. |
nitrous oxide | nitrus oksida | Kimia | Tiada | Sebatian tak organik, formula N2O, takat beku -90.8°C, takat lebur -88.5°C, berbentuk gas yang tidak berwarna, tidak reaktif, tidak terbakar (tetapi membantu pembakaran), larut di dalam air, eter, etanol dan asid sulfurik pekat. Oksida ini disediakan melalui pemanasan terkawal ammonium nitrat hingga 200°C dan gas yang terhasil dilalukan melalui larutan ferum(II) sulfat untuk menyingkirkan benda asing nitrogen monoksida. Gas ini digunakan sebagai anestetik, gas propelan dan penyurih kebocoran. Nama umum nitrus oksida ialah gas ketawa. |