cross-examination | pemeriksaan balas | Undang-undang | Tiada | Tiada |
DNA target | sasaran DNA | Sains Forensik | Tiada | DNA yang digunakan sebagai templat dalam proses amplifikasi tindak balas rantai polimerase (PCR). Dalam pemeriksaan DNA forensik, sasaran DNA yang dipilih biasanya menunjukkan ulangan jujukan nukleotida dalam bilangan yang berbeza yang boleh digunakan untuk membezakan antara individu. |
Christmas tree staining | pewarnaan pokok Krismas | Sains Forensik | Tiada | Kaedah pewarnaan yang digunakan untuk mewarnakan spermatozoa dalam pemeriksaan serologi forensik. Kaedah ini melibatkan langkah pewarnaan dengan warna utama diikuti dengan pewarnaan balas. Pewarna yang dikenali sebagai nuclear fast red akan mewarnakan kepala spermatozoa yang kaya dengan DNA menjadi warna merah. Ini diikuti dengan pewarnaan balas dengan menggunakan pewarna yang dikenali sebagai PIC (picric acid-indigocarmine) yang akan mewarnakan ekor spermatozoa menjadi warna hijau kebiruan. |
secondary electron | elektron sekunder | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Jenis elektron tenaga rendah yang dihasilkan daripada tindak balas tidak anjal, antara alur elektron primer dan sampel. Elektron tenaga rendah amat berguna bagi tujuan pemeriksaan topografi permukaan sampel. |
thermal denaturation | nyahasli terma | Sains Forensik | Tiada | Proses penyahaslian makromolekul dengan menggunakan haba. Contohnya, tindakan nyahasli terma digunakan untuk membuka struktur bebenang ganda dua DNA kepada bebenang tunggal sebelum proses penggandaan tindak balas rantai polimerase (PCR). Dalam pengujian DNA forensik, sebanyak 25-35 kitar nyahasli terma dilakukan untuk menghasilkan jumlah DNA yang mencukupi untuk pemeriksaan lanjut |