Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[peng.ge.ru.dian] | ڤڠݢرودين

Definisi : perbuatan (kerja dsb) menggerudi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata penggerudian


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
drilling engineerjurutera penggerudianKejuruteraanPetroleumJurutera yang pakar dalam aspek-aspek teknik penggerudian. Di antara tuga-tuga jurutera penggerudian termasuklah merencanakan telaga yang akan digerudi dan mengendalikan operasi penggerudian telaga.
thief formationformasi pencuriKejuruteraanPetroleumSinonim: 1. pasir pencuri 2. zon pencuri Formasi yang menyerap bendalir penggerudian semasa bendalir penggerudian berkenaan di edarkan ke seluruh lubang gerudi. Formasi jenis ini biasanya menyebakan terjadinya edaran hilang bendalir penggerudian.
mist drillingpenggerudian kabusKejuruteraanPetroleumKaedah penggerudian berputar. Dalam kaedah ini wap digunakan sebagai bendalir penggerudian. Wap ini disediakan dengan cara menyerakkan air dan/atau minyak ke dalam udara dan/atau gas. Biasanya agen pembusaan turut ditambahkan ke dalam sistem tersebut.
weightberatKimiaTiadaSinonim : berat lumpur Dalam peristilahan penggerudian atau lumpur penggerudian, istilah berat memberi erti ketumpatan bendalir. Unit yang biasa digunakan adalah paun/gelen, paun/kaki, atau paun/inci persegi tekanan hidrostatik per 100 kaki kedalaman.
weightberatKejuruteraanPetroleumSinonim : berat lumpur Dalam peristilahan penggerudian atau lumpur penggerudian, istilah berat memberi erti ketumpatan bendalir. Unit yang biasa digunakan adalah paun/gelen, paun/kaki, atau paun/inci persegi tekanan hidrostatik per 100 kaki kedalaman.
air drillingpenggerudian udaraKejuruteraanPetroleumSatu daripada kaedah penggerudian berputar yang menggunakan udara termampat sebagai bendalir penggerudiannya. Kaedah ini berbeza daripada kaedah penggerudian biasa yang menggunakan lumpur gerudi sebagai bendalir penggerudiannya.
mud programatur cara lumpurKejuruteraanPetroleumSuatu atur cara yang mesti diikuti tentang jenis-jenis dan sifat-sifat bendalir penggerudian yang digunakan untuk penggerudian telaga sesuai dengan kedalamannya. Beberapa faktor yang mempengaruhi atur cara lumpur adalah atur cara selongsong dan ciri-ciri formasi yang akan digerudi, misalnya jenis formasi, ketertelapan, suhu, tekanan dan lain-lain.
core drillingpenggerudian terasGeologiTiada1. Proses mendapatkan sampel batuan yang berbentuk silinder dengan menggunakan bit pemotongan batuan berbentuk anulus yang diputar oleh mesin penggerudian lubang gerek. 2. Proses mendapatkan sampel tanih atau batuan semula jadi atau tak terganggu melalui penggerudian.
directional drillingpenggerudian berarahKejuruteraanTiadaPenggerudian lubang gerudi yang terpesong daripada keadaan menegak.
drilling outpenggerudian keluarKejuruteraanPetroleumProses penggerudian sisa-sisa simen yang terdapat pada bahagian bawah dari rentetan selongsong. Kerja ini dilakukan setelah selesainya kerja penyimenan selongsong.
12345678910...

Kembali ke atas