tie-in advertising | pengiklanan kerjasama | Komunikasi | Korporat | Satu bentuk kerjasama antara sebuah syarikat peruncitan barangan atau perkhidmatan dengan sebuah syarikat peruncitan yang lain untuk tujuan pengiklanan. Hasil usaha sama ini disiarkan atau diterbitkan melalui media elektronik atau media cetak. Bentuk kerjasama ini bertujuan untuk mengurangkan kos penerbitan dan penyiaran iklan. Mesej pengiklanan biasanya lebih menjurus kepada promosi barangan dan perkhidmatan yang dipasarkan oleh syarikat peruncitan kepada pelanggan tetap atau pelanggan berkala. Pengiklanan kerjasama sering dilakukan oleh syarikat bermodal kecil atau sederhana dan bukan bertujuan untuk bersaing. Gabungan usaha ini membolehkan berlakunya proses promosi dan publisiti pada skala yang lebih besar, terutama apabila melibatkan kerjasama lebih daripada dua syarikat. Jenis kerjasama ini dikenali juga sebagai perkongsian pengiklanan bestari. |
retailing | peruncitan | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
retailing | peruncitan | Pentadbiran | Tiada | Segala aktiviti yang telibat dalam menjual keluaran secara langsung kepada penggunan akhir untuk kegunaanya sendiri. |
off-price retailing | peruncitan harga rendah | Perniagaan | Tiada | Tiada |
mercantile risk | risiko merkantil | insurans | Tiada | Risiko dalam insurans harta berkaitan dengan pemborongan atau peruncitan dan bukan risiko yang berhubung dengan perkhidmatan, pengilangan atau penempatan. |
mercantile risk | risiko merkantil | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Risiko dalam insurans harta berkaitan dengan pemborongan atau peruncitan dan bukan risiko yang berhubung dengan perkhidmatan, pengilangan atau penempatan. |
strategic group | kumpulan strategik | Pengurusan | Perancangan | Kelompok organisasi yang bersaing dalam industri, yang memiliki ciri-ciri produk atau perkhidmatan serta prestasi yang tidak jauh berbeza antara satu sama lain. Kumpulan strategik ini perlu dikenal pasti bagi menentukan kedudukan sesebuah organisasi dan pesaing lain yang setanding dalam pasaran, dan menetapkan strategi yang bersesuaian mengikut kemampuan dan potensi pasaran. Contoh kumpulan strategik ialah bank-bank peruncitan yang bersaing dalam industri perbankan di Malaysia. Lihat juga pemetaan kumpulan strategik. |