evaporation pan see also evaporimeter | kancah sejatan lihat juga meter sejatan | Hidrologi | Tiada | Meter sejatan yang terdiri dari suatu tangki atau kancah yang kedalamannya sederhana dan permukaannya agak besar. Di dalamnya penurunan paras air akibat penyejatan dapat diukur. (WMO) (1) US kelas A; Kancah berbentuk silinder 25.4 cm dalam dan bergaris pusat 120.7 cm dibuat dari logam Monel. Bahagian bawahnya ditopang atas suatu rangka kayu 1.5 cm tinggi dari tanah. (2) USSR GGI-3000: Kancah berbentuk silinder, luas permukaannya 3000 cm2 , dalamnya 60 cm, bahagian bawahnya berbentuk kerucut, dan dibenamkan ke dalam tanah sehingga bingkainya tinggal 7.5 cm atas dari permukaan tanah. (3) Tangki USSR 20 m2; Tangki yang luas permukaannya ialah 20 m2, berbentuk silinder, bahagian bawahnya rata, dalamnya 2 m dan bingkainya 7.5 cm atas dari permukaan tanah. |
frame | pemidang; rangka; bingkai; kerangka | Perubatan | Tiada | 1. Rangka: Struktur yang biasanya rigid, untuk memberi sokongan atau menghalang sesuatu bahagian daripada bergerak. |
motifeme | motifem | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian atau rangka-rangka kecil yang terdapat dalam sebuah cerita yang kesemuanya mempunyai fungsi yang berkaitan. Contoh: dalam Hikayat Hang Tuah, permaisuri Raden Mas Ayu mengidam minum air kelapa gading yang batangnya genting di tengah dan Hang Tuah berjaya mendapatkannya. Di sini terdapat dua motifem: 1. Peristiwa mengidam 2. Kejayaan Hang Tuah mendapatkan kelapa tersebut. |
parathecium | paratesium | Biologi | Mikologi | 1. Lapisan rangka luar apotesium. 2. Rangka di sekitar lapisan hifa pada liken. |
construction line | garis rangka | Kesenian | Tiada | 1. Garis rangka: Garis lakaran asas yang dibuat ketika merangka pola pakaian. |
radiolarian | radiolaria | Sains Marin | Tiada | Protozoa berdiameter 0.1-0.2 mm yang menghasilkan rangka mineral kompleks. Rangka tersebut dipanggil "testa" dan biasanya terhasil daripada silika. Radiolaria biasanya mempunyai kapsul tengah yang membahagikan sel kepada bahagian dalaman dan bahagian luaran endoplasma dan ektoplasma. Radiolaria sebahagian daripada komuniti zooplankton dan boleh dijumpai di seluruh lautan dan tinggalan rangka radiolaria ini membentuk ooz bersilika yang menutupi sebahagian besar dasar laut. Radiolaria juga penting sebagai fosil diagnostik yang ditemui dari zaman Cambrian dan selepasnya. Beberapa fosil radiolaria yang biasa ditemui termasuk Actinomma, Heliosphaera dan Hexadoridium. |
zoarium | zoarium | Geologi | Tiada | 1. Bahagian rangka kolektif bagi seluruh koloni briozoa.,2. Koloni briozoa. |
architrave | 1. hiasan jenang 2. jalur kemas | Alam Bina | Tiada | 1. Hiasan berukir di sekeliling sesuatu bukaan. 2. Jalur daripada kayu, logam dan sebagainya yang digunakan untuk menutup sambungan antara lepaan dengan rangka tingkap atau rangka pintu. |
transome | ambang antara | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | 1. Komponen melintang yang menghubungkan bahagian atas tiang-tiang penopang dan berfungsi menyangga atau menyokong seluruh binaan di atasnya. 2. komponen mendatar pada bahagian atas rangka pintu atau rangka tingkap. |
benzoquinone | benzokuinon | Herba | Fitokimia | Rangka yang paling asas bagi kuinon yang terdiri daripada gelang enam ahli dengan dua kumpulan keton terdapat pada kedudukan 1,2- atau 1,4- dan dua ikatan berganda dua terletak antara kumpulan keton. Sistem hidupan benzokuinon seperti ubikuinon dan plastokuinon memainkan peranan yang penting sebagai pembawa elektron dalam rantai pengangkutan elektron dalam mitokondria. |