rap | rap | Muzik | Tiada | Naratif vokal yang diucapkan dengan rentak tertentu. Rap merupakan satu elemen budaya <i>hip-hop i>yang muncul dalam masyarakat orang kulit hitam di kota New York pada tahun 1970-an. Rap telah diadaptasikan oleh remaja di serata dunia dengan menggunakan bahasa dan dialek masing-masing untuk meluahkan perasaan. Dalam budaya <i>hip-hop, i>penyanyi rap memakai kemeja-T, seluar besar, kasut kanvas, topi besbol dan menari tarian <i>break. i>Rap juga dinyanyikan oleh <i>deejay i>di kelab tarian. Contohnya, lagu rap di Malaysia termasuklah <i>Fanatik i>oleh KRU dan <i>Alhamdulillah i>oleh Too Phat. <i>Lihat juga hip-hop.i> |
Resettlement Action Plan (RAP) | Pelan Tindakan Penempatan Semula (RAP) | Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) | Sosial | Rancangan untuk menangani kesan sosial dalam kalangan penduduk akibat pemindahan yang disebabkan oleh projek pembangunan. |
rap | pin malang | Sukan | Boling | Lihat: tap |
tap | pin malang | Sukan | Boling | Satu-satunya pin yang tidak dapat dijatuhkan selepas percubaan pertama. Sinonim: rap dan ringing x |
hip-hop | hip-hop | Muzik | Tiada | Budaya sekumpulan orang kulit hitam di Amerika Syarikat yang mengutamakan <i>rap, i>tarian <i>break, i>lukisan grafiti, keme-ja-T dan seluar besar, kasut kanvas dan topi besbol. <i>Hip-hop i>berasal dari kota New York pada tahun 1970-an. Budaya <i>hip-i><i>hop i>telah tersebar ke negara lain dan disesuaikan dengan ciri tempatan seperti bahasa, loghat, melodi dan rentak. Contoh kumpulan <i>hip-hop i>di Malaysia, termasuklah Poetic Ammo, VE dan Teh Tarik. |