knowbot | knowbot | Teknologi Maklumat | Tiada | Singkatan daripada KNOWledge roBOT (robot pengetahuan) yang dibangunkan oleh Corporation for National Research Initiatives, Reston, Virginia. Knowbot ditulis dalam Python. Knowbot ialah satu agen perisian berasaskan sistem Unix yang merayau dalam rangkaian teragih seperti Internet, untuk mengumpul atau mengagih maklumat menurut kriteria yang ditentukan pengguna. Sistem pengendalian knowbot ialah perisian pelayan yang mengehos dan berinteraksi dengan agen bergerak knowbot. |
quadrupedal robot | robot kuadrupedal | STEM | Tiada | Robot mudah alih yang mempunyai empat kaki untuk pergerakan. Robot ini bersifat serba boleh berbanding robot beroda yang membolehkannya merentasi pelbagai bentuk muka bumi. |
cooperative robot | robot kooperatif | STEM | Tiada | Robot yang mampu bekerjasama dengan manusia atau robot lain untuk melaksanakan sesuatu tugas di dalam ruangnya yang tersendiri. |
service robot | robot khidmat | STEM | Tiada | Robot yang membantu manusia menjalankan tugas yang kotor, jauh, membosankan, berbahaya atau berulang-ulang. Robot ini memberikan khidmatnya sama ada secara autonomi penuh atau separa. |
robot ethics (roboethics) | etika robotik | STEM | Tiada | Nilai dan garis panduan berkaitan dengan isu robotik seperti aplikasi robot, interaksi robot dengan benda hidup dan hal perundangan. Contohnya, isu ancaman robot kepada manusia dan reka bentuk robot beretika. |
humanoid robot | robot humanoid | STEM | Tiada | Robot yang direka bentuk menyerupai manusia untuk menjalankan fungsi tertentu, seperti berinteraksi dengan manusia dan menjalankan operasi menyelamat. |
social robot | robot sosial | STEM | Tiada | Robot yang direka cipta untuk berinteraksi secara sosial dengan manusia melalui mimikan perangai dan emosi manusia dalam bidang perubatan, pendidikan dan hiburan. |
continuum robot | robot kontinum | STEM | Tiada | Robot yang mempunyai darjah kebebasan atau sendi yang tidak terhingga. |
cognitive robot | robot kognitif | STEM | Tiada | Robot yang mempunyai keupayaan kognitif termaju yang membolehkannya belajar dan berinteraksi dengan manusia. |
collaborative robot | robot kolaboratif | STEM | Tiada | Robot yang direka cipta untuk berinteraksi dengan manusia di dalam ruang kerja yang sama secara selamat bagi melaksanakan sesuatu tugas. |