Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sebanyak ini

Puisi
 

Daun terap di atas bukit,
     Tempat menggantung buah pala;
Harapnya kami bukan sedikit,
     Sebanyak rambut atas kepala.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
condensationpemeluwapanPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanProses pertukaran bentuk jisim daripada wap menjadi cecair. Dalam proses pertukaran bentuk ini, sebanyak 2.3 megajoule tenaga dibebaskan bagi setiap kilogram jisim.
clausulasuku kata terakhirKesusasteraanPuisiSuku kata yang terdapat pada perkataan terakhir dalam setiap baris. Dalam serangkap pantun empat kerat, khalayak akan dapat melihat suku kata akhir ini sebanyak empat kali. Walau bagaimanapun dalam puisi moden suku kata terakhir bergantung kepada jumlah baris yang terkandung dalam rangkap tersebut. Contohnya, seperti pantun di bawah. Terbang burung dari selatan, Dipuput angin sangga bayu; Bukalah surat dari lipatan, Lihatlah pantun bahasa Melayu.
labial reductionpengurangan labialPergigianTiadaTeknik memangkas permukaan labial gigi anterior untuk penyediaan restorasi ekstrakorona. Pengurangan bahagian ini dilakukan dengan menggunakan bur intan silinder. Pengurangan ini biasanya dilakukan sebanyak 1.0-1.5 mm bergantung kepada restorasi yang akan dibuat. Penyediaan korona jaket porselin memerlukan pengurangan sebanyak 1.0 mm manakala korona terikat porselin sebanyak 1.5 mm.
bone mealmil tulangVeterinarTiadaTulang yang telah dihancurkan atau dijadikan tepung yang dimasukkan ke dalam makanan haiwan sebagai sumber kalsium dan fosforus. Kandungan kalsium dalam bahan ini ialah sebanyak 27-30% manakala fosforus sebanyak 12-15%.
high-energy compoundsebatian tenaga tinggiKimiaBiokimiaSebatian yang menghasilkan tenaga bebas dalam jumlah yang besar apabila mengalami hidrolisis dalam keadaan biasa. Sebatian ini biasanya mempunyai kumpulan fosfat yang disingkirkan melalui proses hidrolisis dan perubahan tenaga bebas dalam tindak balas ini sebanyak 7 kkal/mol atau lebih. lih. ikatan tenaga tinggi
cobtongkol jagungVeterinarTiadaHasil sampingan yang diperoleh daripada industri jagung apabila biji jagung dipisahkan daripada tongkolnya. Hasil sampingan ini boleh digunakan sebagai sumber tenaga dan serabut untuk ternakan ruminan. Kandungan protein dalam bahan ini ialah sebanyak 3-4%, serabut kasar 35-38% manakala kandungan tenaga metabolisme sebanyak 7-8 MJ/kg.
microsatellite DNADNA mikrosatelitSains ForensikTiadaSegmen pendek DNA yang mempunyai satu urutan pendek bes yang berulang pada satu lokus. Contohnya, dalam jujukan AGTTAGTTAGTTAGTT, urutan AGTT berulang sebanyak empat kali pada lokus ini. Ulangan urutan ini berbeza antara individu, contohnya urutan ini mungkin berulang sebanyak 2 kali, 6 kali ataupun 8 kali pada individu yang lain pada lokus ini. Ahli forensik menggunakan maklumat ini untuk mengenal pasti penjenayah atau penentuan ibu bapa, iaitu prosedur yang dikenali sebagai pemprofilan DNA.
E-coronakorona-EMatematikTiadaBahagian korona suria yang berasal daripada garis pancaran gas besi, nikel dan kalsium yang mengalami pengionan tinggi. Ini menghasilkan sebanyak hanya 1 peratus sahaja daripada seluruh cahaya korona.
corn/mazejagungVeterinarTiadaSejenis bijirin Zea mays, dalam famili Graminae, yang bijinya menjadi sumber tenaga utama, iaitu sebanyak 12-14 MJ/kg dalam rangsum ternakan. Jagung mempunyai kandungan protein sebanyak 9-11% manakala kadar kandungan lemak sebanyak 3-4%. Bahan makanan ini digunakan dengan meluas sebagai makanan ayam kerana ia mudah dicerna dan mengandungi pigmen xantofil yang memberi warna kekuningan pada kuning telur dan kulit ayam. Bahan ini sesuai untuk pelbagai jenis haiwan dan mempunyai nilai cerna yang melebihi 80%. Bahan makanan ini juga biasanya akan diberi kepada ternakan selepas ia dikisar, digelek atau dimasak seperti bertih. Selain sumber tenaga, jagung juga boleh menghasilkan bahan sampingan lain seperti batang, tongkol dan mil gluten jagung yang digunakan sebagai sumber foraj untuk ternakan ruminan.
baroclinic atmosphereatmosfera baroklinikSainsHidrometeorologiKeadaan atmosfera yang permukaan-permukaan tekanan dan ketumpatan (atau isi padu spesifik) malarnya bersilang di suatu aras atau aras-aras. Atmosfera ini sedikit sebanyak bersifat baroklinik. Kebaroklinikan lampau menunjukkan adanya perbezaan besar suhu mendatar, yang mengakibatkan angin terma yang kencang.
12345678910...

Kembali ke atas