Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[sen.ta.pan] | سنتڤن

Definisi : hasil atau tindakan menyentap: mata terasa amat pedih kerana mengantuk, namun ~ demi ~ ikan baung pd mata kailnya menjernihkan semula mata yg layu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[sen.ta.pan] | سنتڤن

Definisi : tarikan yg kuat dan tiba-tiba; sentakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata sentapan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
quadriceps reflexrefleks kuadrisepKejururawatanTiadaTindak balas ekstensi kaki berikutan kontraksi otot kuadrisep akibat sentapan ke atas tendon patela.
fly reelkekili layangPerikananTiadaKekili khusus yang direka untuk menggulung tali pancing pada gelendong yang tebal secara teratur dan kemas, dalam aktiviti pancing layang. Kekili layang terdiri daripada gelendong yang diapit oleh dram bulat. Kekili layang yang moden dan canggih mempunyai daya seretan yang rendah bagi mewujudkan ketegangan dan kerintangan terhadap tindak balas sentapan ikan. Kekili ini boleh didapati dalam pelbagai saiz, bentuk dan berat. Sinonim serek layang.

Kembali ke atas