Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; ~-sangkar tertiarap (dgn tangan dan kaki terdepang); ~ sembam tersembam (muka mencium tanah); sang ~ babi (yg merosakkan tanaman); bersungkuran tersembam (jatuh dsb) dgn kepala tertunduk rendah-rendah: sekalian rakyat tentera menghadap baginda sujud kepalanya masing-masing lalu ke tanah ~; menyungkur 1. menundukkan kepala ren­dah-rendah (spt kerbau hendak berlaga dll): budak itu ~ di hadapannya meminta ampun; 2. menggali-gali tanah dll dgn muncung (babi dll): mereka ~ tanah dgn hidungnya mencari akar utk dimakan; tersungkur jatuh dan mukanya terkena tanah, jatuh tersembam, jatuh tertiarap: dgn sekali panah, kijang itu pun ~lah lalu mati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; ~-sangkar jatuh tertiarap. ~ sembam jatuh ke depan dgn muka mencium tanah. menyungkur me­nundukkan kepala rendah-rendah, spt kerbau hendak berlaga: Kerbau itu pun ~ hendak menyondol. tersungkur jatuh ke depan serta muka terkena tanah; tersembam: Raja Firaun ~ jatuh, berdarah hidungnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sungkur
Kata Terbitan : menyungkur, tersungkur,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
stumbling gaitjalan sungkurVeterinarTiadaTiada
acete skimming netsiring/sungkurPerikananTiadaTiada
bag scooppukat sorongPerikananTiadaPukat sintetik yang berbentuk seperti kandul dan diikat pada dua batang buluh yang panjang. Pada penghujung setiap buluh, terdapat satu alat sungkur yang disebut kasut dan dipasang untuk memudahkan alat ini bergerak di atas dasar laut atau sungai. Dua sempadan pembukaan pukat diikatkan pada tiap-tiap batang buluh dari bahagian kasut ke tempat persilangan dua batang buluh tersebut. Rantai besi dipasang di sepanjang bahagian bawah pukat di antara dua kasut. Pukat ini dioperasikan dengan menggunakan sebuah bot yang menyorong pukat ke hadapan di atas dasar laut.

Kembali ke atas