Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tersebar dgn meluasnya, ter-sebar ke merata tempat (sehingga diketahui ramai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tersebar dgn meluasnya, tersebar ke serata tempat sehingga diketahui ramai: Berita ttg penemuan budak yg hilang itu telah ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
straddling stockstok tersebar luasPerikananTiadaKumpulan ikan yang mempunyai corak penghijrahan merentasi perairan zon ekonomi eksklusif berlainan negara bagi melengkapkan pusingan hidupnya, termasuk mencari makanan dan membiak. Corak pengurusan sumber stok tersebar luas memerlukan kefahaman dan maklumat saintifik yang menyeluruh antara negara. Contoh stok tersebar luas ialah ikan tuna dan ikan sirip kuning.
pandemicpandemikPerubatanTiadaWabak penyakit yang tersebar luas dan melibatkan banyak negara atau benua.
pandemicpandemikKejururawatanTiadaPerihal wabak yang tersebar luas sehingga dihidapi ramai bilangan rakyat di negara yang berlainan. Contoh, sindrom pernafasan akut yang teruk (SARS).
pandemicpandemikPentadbiran PerniagaanTiada1. Suatu wabak yang tersebar luas sehingga ramai bilangan rakyat di negara-negara berlainan dihinggapi.
local legendslegenda tempatanKesusasteraanTiadaLegenda yang tidak tersebar luas, hanya berkisar pada sesuatu tempat tertentu terutama mengenai asal usul dan keajaibannya. Contoh: Batu Belah Batu Bertangkup.
Trichuris trichiuraTrichuris trichiuraPerubatanTiadaSejenis nematod usus besar yang tersebar luas di negara tropika dan sering menjangkiti kanak-kanak. Cacing dewasa berbentuk cambuk dan berukuran di antara 3 � 5 cm. Cacing betina mengeluarkan 3000 � 6000 telur sehari. Cacing ini boleh menyebabkan infeksi di usus besar dan mengakibatkan trikuriasis. Sin: cacing rambu
flavonoidflavonoidMakanan dan PemakananTeknologi MakananPigmen kuning larut air yang tersebar luas dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga. Flavonoid stabil terhadap haba. Contoh, flavon dan flavonol.
Bacopa sp.Bacopa sp.PerikananAkuakulturTumbuh-tumbuhan dalam kategori tumbuhan timbul yang tersebar luas dari kawasan tropika hingga ke kawasan subtropika. Tumbuh-tumbuhan ini merupakan jenis tumbuhan herba yang mempunyai daun-daun kecil di sepanjang pokoknya. Jenis-jenis Bacopa sp. termasuklah Bacopa caroliniana, Bacopa lanigera, Bacopa monniera dan Bacopa myriophylloides.
ligninligninHerbaFitokimiaSebatian polimer semula jadi hasil pempolimeran oksidaan radikal koniferil alkohol. Lignin tersebar luas secara merata dalam tisu kayu. Sebatian ini memberikan kekuatan dan kestabilan dinding sel. Tanpa lignin, pertumbuhan sebarang pohon yang tinggi tidak akan berlaku. Lignin terikat kepada selulosa melalui rangkaian glukosida dalam dinding sel dan dikenali sebagai lignoselulosa.
carotenoidkarotenoidMakanan dan PemakananTeknologi MakananPigmen larut lemak yang berwarna kuning, oren, dan merah. Karotenoid tersebar luas dalam tumbuhan dan haiwan secara semula jadi dan dikelaskan kepada karotena dan klorofil. Penggunaannya sebagai pewarna makanan boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu yang berasaskan lemak dan yang berasaskan air. Kategori yang berasaskan lemak termasuklah marjerin dan mentega. Kategori yang berasaskan air merangkumi minuman ringan, hasil tenusu, dan makaroni.
123

Kembali ke atas