tiang seri | tiang seri | Kesenian | Hiasan Dalaman | Tiang utama di dalam rumah tradisional Melayu. Tiang ini merupakan tiang pertama yang didirikan semasa pembinaan rumah, biasanya terletak di tengah rumah. Tiang seri dibuat daripada kayu pokok keras yang matang dan terpilih. Di sesetengah tempat yang mengikut adat, tiang seri akan diasap dan disertai dengan jampi serapah oleh tukang rumah sebelum dan semasa tiang didirikan. |
king post | tiang seri | Kejuruteraan | Tiada | Penegak tengah pada kekuda bumbung. |
cinta mula | cinta mula | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Nama biasa bagi kayu Erythroxylum. spp daripada famili Erythroxylaceae. Nama lain di Semenanjung termasuk ketai mula dan seri mula, dan di Sabah ialah perapat burung. Spesies utama kayu ini ialah Erythroxylum cuneatum. Gubal kayu cinta mula berwarna kuning coklat kemerah-merahan. Tekstur kayunya halus dan sekata, dengan ira yang bersimpul dan kadangkala beralun. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 735 hingga 915 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang keras dan sederhana berat hingga ke berat. Kayu ini sesuai digunakan untuk tiang pagar dan kayu jaras. |