bongkaq | [bN.kAâÖ] | kata kerja | menghancurkan tanah yang telah ditenggala dengan menggunakan sisir yang ditarik oleh kerbau supaya peroi (salah satu proses dalam menanam padi). | Aku belom mengaleh bendang lagi, baru dok bongkaq. | [A.ku b«.lom m«.NA.leh b«n.dAN lA.gi bA.Òu do/ bN.kAâÖ] | Saya belum mengalih sawah itu lagi, baru membongkar tanah sahaja. |
derot | [d«.Òt] | kata kerja | mendap, jerlus. | Rumah kongsi hak depa buat ataeh tanah lombong tu tengelam pasai tanah tu derut. | [Òu.mAh koN.si hA/ dE.pA bu.wAt A.tAEh tA.nAh lom.boN tu t«.N«.lAm pA.sAj tA.nAh tu d«.Òt] | Rumah kongsi yang dibina di atas bekas tanah lombong itu tenggelam kerana tanahnya mendap. |
badai | [bA.dAj] | kata kerja | meratakan tanah sawah dengan menggunakan batang pisang, kayu bulat, tenggiling, dan sebagainya. | Badai dulu tapak semai, lepaeh tu baru taboq padi benih. | [bA.dAj du.lu tA.pA/ s«.mAj l«.pAEh tu bA.Òu tA.bâÖ pA.di b«.nih] | Ratakan dahulu tapak semaian itu sebelum menabur benih padi. |
congkeh | [tSN.kEh] | kata kerja | mencungkil, mencolek, mengorek, menumpil, menuil. | Tiap petang orang tua tu congkeh tanah cari cacin nak buat umpan mengae. | [ti.jAp p«.tAN .ÒAN tu.wA tu tSN.kEh tA.nAh tSA.Òi tSA.tSin nA/ bu.wA um.pAn m«.NAE] | Setiap petang orang tua itu mencungkil tanah mencari cacing untuk dibuat umpan memancing. |
bulang | [bu.lAN] | kata kerja | melilit sesuatu benda tajam (pisau, pedang, jarum dan lain-lain) dengan menggunakan sesuatu (kain, tali, benang dan lain-lain) dari hulu ke matanya hingga tinggal sedikit sahaja. | Kenala bulang dulu pisau hak nak buat lukeh-lukeh ataeh buyong tanah lembek tu. | [k«.nA.lA bu.lAN du.lu pi.sAw hA/ nA/ bu.wAt lu.keh.lu.keh A.tAEh bu.joN tA.nAh l«m.be/ tu] | Lilitkanlah dahulu mata pisau yang hendak digunakan untuk melukis-lukis pada buyung tanah yang masih lembut itu. |
kukut | [ku.kut] | kata kerja | menanggalkan (mengeluarkan, mengikis, mengeruk) bahagian permukaan sesuatu seperti jalan, tanah, isi kelapa muda, isi buah tal dan lain-lain. | Dia kukut nyoq muda nak buat ayaq isi. | [di.jA ku.kut ø)Ö mu.dA nA/ bu.wAt A.jA)Ö i.si] | Dia mengeruk isi kelapa muda untuk dibuat air isi. |
memalek | [m«.mA.le/] | kata kerja | menenggala atau membajak sawah pada peringkat kedua dengan cara membalikkan tanah (tahi tenggala) yang sudah ditenggala. | Abeh memalek ni buleh la membongkaq pulak dengan sisiaq. | [A.beh m«.mA.le/ ni bu.leh lA m«m.boN.kA)Ö pu.lA/ d«.NAn si.si.jA)Ö] | Setelah selesai menenggala, bolehlah membongkar, dengan menggunakan sisir. |
memeloh | [m«.m«.loh] | kata kerja | menenggala atau membajak sawah kali pertama awal-awal musim berbendang; membeloh. | Aku baru dok memeloh hang memalek dah. | [A.ku bA.Òu do/ m«.m«.loh hAN m«.mA.le/ dAh] | Aku baru menenggala, awak sudah pun membalik, tanah. |
membeloh | [m«m.be.loh] | kata kerja | menenggala atau membajak sawah kali pertama awal-awal musim berbendang; memeloh. | Aku baru dok membeloh hang memalek dah. | [A.ku bA.Òu do/ m«m.be.loh hAN m«.mA.le/ dAh] | Aku baru menenggala, awak sudah pun membalik, tanah. |