Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak sempat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata Tak dan

Puisi
 

Kami tak tahu padi tak jadi,
     Beli juga beras perahu;
Kami tak tahu orang tak sudi,
     Balas juga dengan tak tahu.


Lihat selanjutnya...(814)
Peribahasa

Tak ada kusut yang tak selesai,
     tak ada keruh yang tak jernih.

Bermaksud :

Sekalian perselisihan besar dan kecil dapat didamaikan.

 

Lihat selanjutnya...(75)

11

A bad workman always blames his tools

Orang yang tidak pandai melakukan sesuatu pekerjaan biasanya enggan mengakui kelemahan diri tetapi sebaliknya menyalahkan alat yang digunakan pula.

Tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

She apologized for the burnt cookies, saying that her oven was an old model. Incompetent people always blame other things for their failures. As the saying goes, a bad workman always blames his tools.

Dia meminta maaf kerana biskut tersebut hangus. Alasannya ialah ketuharnya model lama. Orang yang tidak mahir sering menyalahkan benda lain atas kegagalan mereka, bak kata pepatah tak tahu menari, dikatakan lantai jungkang -jungkit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(17)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
dah I[dAh]kata adjektiflebih awal, lebih dahulu.Tak dan apa-apa lagi dia marah dah.[tA/ dAn A.pA.A.pA lA.gi di.jA mA.ÒAh dAh]Belum sempat berbuat apa-apa lagi, dia sudah marah.
busai[bu.sAj]kata kerjalari sebelum berlaga, berlawan (berkenaan kerbau, ikan pelaga, lembu), pengecut.Tak dan nak lawan lagi, krebau hang dah busai cungget balek sana padang.[tA/ dAn nA/ lA.wAn lA.gi kÒ«.bAw hAN dAh bu.sAj tSuN.get bA.le/ sA.nA pA.dAN]Belum sempat berlawan, kerbau engkau lari lintang pukang ke seberang padang.
dok tak dok[do/ tA/ do/] bertindak atau terjadi secara spontan atau tiba-tiba, sekonyong-konyong, tak semena-mena.Heran sunggoh orang tua tu, kata nak tidoq semalam dua, dok tak dok dia nak balek dandan.[hE.ÒAn suN.goh .ÒAN tu.wA tu kA.tA nA/ ti.dâÖ s«.mA.lAm du.wA do/ tA/ do/ di.jA nA/ bA.le/ dAn.dAn]Hairan sungguh orang tua itu, katanya hendak tidur semalam dua, tiba-tiba sahaja hendak pulang.
betekap[b«.t«.kAp]kata kerjamembuat sesuatu kerja dengan penuh perhatian dan ketekunan, dan lain-lain sehingga selesai.Bila dia betekap buat kreja, dengan sapa pon dia tak becakap dah.[bi.lA di.jA b«.t«.kAp bu.wAt kÒ«.dZA d«.NAn sA.pA pon di.jA tA/ b«.tSA.kAp dAh]Apabila dia bertekun membuat sesuatu kerja, dia tidak akan bercakap dengan sesiapa pun.
cedaeh[tS«.dAEh]kata adjektif1. berkenaan perempuan yang aktif dan keletah tetapi agak keterlaluan, cerdas, keletah.Anak dara tu memang tak malu, dia cedaeh tak kera depan orang tua.[A.nA/ dA.ÒA tu mE.mAN tA/ mA.lu di.jA tS«.dAEh tA/ kE.ÒA d«.pAn .ÒAN tu.wA]Gadis yang tidak pemalu itu begitu keletah walaupun di hadapan orang tua.
adan[A.dAn]kata namapengadang yang dipasang di pintu, tangga dan sebagainya, untuk menyekat kanak-kanak keluar rumah.Mak buboh adan depan pintu tak bagi adek keluaq rumah.[mA/ bu.boh A.dAn d«.pAn pin.tu tA/ bA.gi A.de/ k«.lu.wAâÖ ]Ibu memasang pengadang di pintu supaya adik tidak dapat keluar rumah
pengadang[p«.NA.dAN]kata namapendinding, tangkal atau azimat.Kalu tak dak pengadang jangan masok gua tu.[kA.lu tA/ dA/ p«.NA.dAN dZA.NAn mA.so/ gu.wA tu]Kalau tidak ada pengadang, janganlah masuk ke dalam gua itu.
pemati[p«.mA.ti]kata kerjamembatalkan setem hasil bagi mengesahkan sesuatu dokumen (perjanjian, perakuan atau surat sumpah dan lain-lain).Surat prejanjian dia tu tak sah lagi pasai depa tak pemati stem lagi.[su.ÒAt pÒ«.dZAn.dZi.jAn di.jA tu tA/ sAh lA.gi pA.sAj dE.pA tA/ p«.mA.ti stEm lA.gi]Surat perjanjiannya belum dikira sah kerana pihak yang berkenaan belum mematikan setemnya.
cerin[tS«.Òin]kata adjektifberkenaan rambut, bulu dan lain-lain yang kering, keras dan tegak. Selalunya kerana keadaan semula jadi atau sebab tidak dibubuh minyak.Awat cerin sangat rambot budak tu, tak prenah kena minyak kot?[A.wAt tS«.Òin sA.NAt ÒAm.bot bu.dA/ tu tA/ pÒ«.nAh k«.nA mi.øA/ kot]Kenapa kering sangat rambut budak itu, agaknya tidak pernah dibubuh minyak.
kelebek[k«.lE.bE/]kata kerjamenyelak dan mencari sambil meneliti sesuatu seperti buku, lipatan pakaian, dompet dan lain-lain dalam jangka waktu yang agak lama.Tang malam dah hang dok kelebek beg tangan tu, takkan tak jumpa lagi paspot mak hang.[tAN mA.lAm dAh hAN do/ k«.lE.bE/ bEg tA.NAn tu tA/.kAn tA/ dZum.pA lA.gi pAs.pot mA/ hAN]Sudah lama kamu mencari-cari dalam beg tangan itu, takkanlah tidak ditemui lagi kad pengenalan emak kamu.
12345

Kembali ke atas