Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
ngong[NN]kata adjektifbodoh benar, dungu, tolol.Awat hang ni ngong sangat, suroh baca hurop ni pon hang tak tau.[A.wAt hAN ni NN sA.NAt su.Òoh bA.tSA hu.Òop ni pon hAN tA/ tAw]Kenapa engkau ini bodoh benar, suruh baca huruf ini pun engkau tak boleh.
ngok-ngok[N/.N/]kata kerjaberjalan sambil kepala tertunduk-tunduk, terbongkok-bongkok.Sapa lagi, mokalu bejalan ngok-ngok tu saheh la Tok Man Kaya![sA.pA lA.gi m.kA.lu b«.dZA.lAn N/.N/ tu sA.heh lA to/ mAn kA.jA]Siapa lagi, jika berjalan sambil kepala tertunduk-tunduk, tentulah Tok Man Kaya.
tekendik-kendik[t«.k«n.de/.k«n.de/]kata kerja,berjalan terhenjut-henjut (tentang mengandar sesuatu).Pak dia kandak ayak telaga jalan tekendik-kendik.[pA/ di.jA kAn.dA)Ö A.jA)Ö t«.lA.gA dZA.lAn t«.k«n.de/.k«n.de/]Ayahnya terhenjut-henjut mengandar air telaga itu.
bodong[b.dN]kata namakumpulan ikan yang berenang-renang.Kalu kita buleh lengkong bodong temenung tu, penohla bot kita.[kA.lu ki.tA bu.leh lEN.kN b.dN t«.m«.nuN tu p«.nh.lA bot ki.tA]Kalau kita boleh melengkungi kumpulan ikan kembung itu dan menangkapnya dengan pukat, penuhlah bot kita.
mentekedarah[m«n.t«.k«.dA.ÒAh]kata namamakan banyak dan gelojoh, pelahap.Bila dapat makan peri, dia mentekedarah tak renti-henti.[bi.lA dA.pAt mA.kAn p«.Òi di.jA m«n.t«.k«.dA.ÒAh tA/ Ò«n.ti.Ò«n.ti]Apabila berpeluang makan percuma, dia makan dengan pelahap tanpa henti.
renggah[Ò«N.gAh]kata namaketawa atau menangis kuat.Ari itu depa gelak renggah tengok orang bersilat telondeh seluaq.[A.Òi itu dE.pA g«.lA/ Ò«N.gAh tE.N/ .ÒAN b«.si.lAt t«.lon.dEh s«.lu.wA)Ö]Hari itu, mereka ketawa besar kerana melihat pesilat itu tertanggal seluarnya.
bon[bn]kata namatempat berlaga (ayam, lembu atau kerbau) arena, gelanggang.Depa lengkong bon tu pasai nak tengok belaga ayam.[dE.pA lEN.koN bn tu pA.sAj nA/ tE.N/ b«.lA.gA A.jAm]Mereka mengelilingi gelanggang itu kerana hendak melihat ayam berlaga.
not II[nt]kata tugaskosong (contoh darjah not sama dengan darjah kosong) (kata bilangan).Anak hang tu baru darjah not, tentu la tak pandai baca lagi.[A.nA/ hAN tu bA.Òu dAÒ.dZAh nt t«n.tu lA tA/ pAn.dAj bA.tSA lA.gi]Anak engkau itu baharu masuk tahun pertama, tentulah belum mahir membaca lagi.
seron[sE.ҍn]kata namasangkak tempat ayam bertelur.Hang jangan dok pi kat seron tu pasai ayam betina dok mengeram tang tu nanti kena hama.[hAN dZA.NAn do/ pi kAt sE.ҍn tu pA.sAj A.jAm b«.ti.nA do/ m«.N«.ÒAm tAN tu nAn.ti k«.nA hA.mA]Jangan engkau mendekati seron itu kerana ayam betina sedang mengeram di situ nanti terkena hama.
kelepang[k«.l«.pA)N]kata namabunyi sesuatu benda yang terjatuh (seperti tin, loyang dan sebagainya) di permukaan yang keras.Kucin sondoi tin roti ataeh lemari, jatoh kelepang ataeh lantai.[ku.tSin sn.dj tin ҍ.ti A.tAEh l«.mA.ri dZA.toh k«.l«.pA)N A.tAEh lAn.tAj]Kucing menyondol tin roti di atas almari lalu jatuh kelepang bunyinya di atas lantai dengan bunyi yang kuat.
12345678910...

Kembali ke atas