Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[a.khir] | اخير

Definisi : 1. kemudian sekali, penghabisan: per­kataan itu terdapat pd baris ~ halaman itu; ikhtiar­nya yg ~; peringkat ~ pelaksanaan projek; ~ minggu hujung minggu (hari Sabtu petang sampai hari Ahad); ~ musim peng­hujung musim; ~ zaman a) sl zaman sekarang ini; b) penghabisan; 2. = ~ sekali = terakhir paling kemudian, terkemudian (sekali): itulah kali ~ saya bertemu dengannya; 3. yg diada­kan terkemudian sekali (sbg penamat): per­tan­dingan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[a.khir] | اخير

Definisi : 1 = terakhir di hujung atau di belakang sekali letaknya; terkemudian; terkebelakang: Ayat yg ~ dlm karangan itu lebih baik dibuang saja. 2 bahagian atau tempoh yg kemudian sekali; penghabisan; kesudahan: Pd ~ tahun ini, saya akan melancong ke luar negara. akhirnya, = akhir-akhirnya kesudahannya: ~ mati juga anjing yg dilanggar kereta itu. berakhir sampai ke akhirnya; selesai; habis: Cuti sekolah telah ~ pd pertengahan bulan April. mengakhiri menaruh atau menempatkan kemudian; mengundurkan (waktu). akhiran penambah (spt -an, -i, -kan) yg terdapat di hujung sesuatu perkataan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata akhir

Puisi
 

Jika dituju selepas berlari,
     Akhir kumbang beranak telur;
Jikalau diturut hatiku ini,
     Akhirnya padang menjadi kubur.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Awal dibuat,
     akhir diingat.

Bermaksud :

Sebelum membuat sesuatu pekerjaan hendaklah difikirkan masak-masak supaya selamat pekerjaan itu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
sut-sut[sut.sut]kata namaakhir, hujung, penghabisan.Hang tak belajaq, patot dapat nombo sut-sut dalam kelaih.[hAN tA/ b«.lA.jA)Ö pA.tot dA.pAt nm.b sut.sut dA.lAm k«.lAih]Awak tak belajar, patut dapat nombor akhir dalam kelas.
no[n]kata tugaskata yang digunakan di akhir sesuatu pertanyaan atau pernyataan yang sama maksudnya dengan kata ya.Terok-terok lagu tu pon dia nak pi no?[t«.Òo/.t«.Òo/ lA.gu tu pon di.jA nA/ pi n]Meskipun seteruk itu dia hendak pergi juga ya?
johama[dZo.hA.mA]kata namakitab kecil yang digunakan untuk mengajar al-Quran, mengandungi pengenalan huruf Arab dan cara mengeja serta memuatkan surah-surah dalam juzuk akhir (juzuk Amma, muqaddam).Budak-budak ni lateh baca johama dulu, lepaeh tu baru baca Kuran.[bu.dA/.bu.dAk ni lA.teh bA.tSA dZo.hA.mA du.lu l«.pAEh tu bA.Òu bA.tSA kur.An]Budak-budak ini perlu dilatih membaca muqaddam dahulu, kemudian barulah membaca al-Quran.

Kembali ke atas