Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) orang yg masih muda, pemuda; b) anak yg kelapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : gadis atau teruna. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : orang yg masih muda; pemuda atau pemudi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
muda (adjektif)
1. Dalam konteks orang
bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung, ubun-ubun masih lembik, masih berhingus,
Berantonim dengan tua

2. Dalam konteks buah
bersinonim dengan belum masak, belum tua, masih hijau,
Berantonim dengan tua

3. Bersinonim dengan masih awal: belum lama, belum menghujung,
Berantonim dengan lewat

Kata Terbitan : kemuda-mudaan, pemuda,

Puisi
 

Aur lentik dijinak kijang,
     Anak Jawa minum di mangkuk;
Keningnya lentik dadanya bidang,
     Anak muda dipanah mabuk.


Lihat selanjutnya...(5)
Peribahasa

Di mana bunga kembang,
     di situ kumbang banyak.

Bermaksud :

Di mana ada gadis, di situ ada anak-anak muda. (Bandingkan dengan: Bagaimana tidak kumbang jinak terbang beredar, jika tidak kerana bunga kembang di taman).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
hoya[ho.jA]kata kerjamembuat bising, berpeleseran, merambu tanpa tujuan, berfoya-foya.Budak-budak muda tu tau seronok saja, depa dok hoya sana sini, bukan tau nak tolong mak pak depa.[bu.dAk.bu.dA/ mu.dA tu tAw s«.ҍ.n/ sA.dZA dE.pA do/ ho.jA sA.nA si.ni bu.kAn tAw nA/ tu.loN mA/ pA/ dE.pA]Anak-anak muda itu hanya suka berseronok sahaja, mereka merambu ke sana ke mari, tidak ingin hendak menolong ibu bapa mereka.
belong[b«.loN]kata adjektifberkenaan badan besar tetapi umur muda.Awat anak bongsu hang ni belong sangat, abang-abang dia semua kecik-kecik belaka?[A.wAt A.nA/ bN.su hAN ni b«.loN sA.NAt A.bAN.A.bAN di.jA s«.mu.wA k«.tSi/.k«.tSi/ b«.lA.kA]Mengapa anak bongsu awak ini besar sangat, abang-abangnya kecil belaka.

Kembali ke atas