Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bah] | به

Definisi : = air ~ banjir, air besar; musim ~ musim banjir; salangkan ~ kapar tak hanyut, inikan (kononlah) pula kemarau panjang prb a) kalau semasa muda sudah malas, mustahil menjadi rajin kalau sudah tua; b) pd masa ada pencarian tidak boleh menjadi kaya, apatah lagi dlm masa tiada pekerjaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bah] | به

Definisi : singkatan bagi babah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bah] | به

Definisi : Kl bawah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bah] | به

Definisi : kumpulan air yg terlalu banyak sehingga melimpah; banjir: Dlm musim tengkujuh, kampung ini selalu saja didatangi ~. air ~ banjir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bah

Puisi
 

Nak bah rupanya hari,
     Anak dara di muka pintu;
Sangat berubah rupanya diri,
     Telah sekala tidak begitu.


Lihat selanjutnya...(6)
Peribahasa

Lamun takut dilanggar batang,
     jangan duduk di kepala pulau.

Bermaksud :

Kalau takut susah lebih baiklah jangan membuat sesuatu pekerjaan yang sukar-sukar. (Peribahasa lain yang sama makna: Kalau takut dilimbur pasang, jangan berumah di tepi pantai [= laut]). kepala pulau = tepi sungai yang menghadap mudik, tempat batang-batang tersangkut apabila air bah.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
anak lebah[A.nA/ l«.bAh] emping yang digoreng supaya rangup.   
redai[Ò«.dAj]kata namasejenis alat daripada logam (besi, dawai) yang dijalin seperti mata punai atau berpetak-petak untuk membakar, menyalai, memanggang dan lain-lain.Depa kena tambah redai tu pasai temakau hak kena jemoq dah betambah.[dE.pA k«.nA tAm.bAh Ò«.dAj tu pA.sAj t«.mA.kAw hA/ k«.nA dZ«.m)Ö dAh b«.tAm.bAh]Mereka kena tambah tempat jemuran itu kerana tembakau yang hendak dijemur sudah bertambah.
melahaq[m«.lA.hA)Ö]kata adjektif1. tersangat lapar atau kebulur.Dia melahaq betoi, pat kali tambah nasik pon tak cukop lagi.[di.jA m«.lA.hA)Ö b«.toj pAt kA.li tAm.bAh nA.si/ pon tA/ tSu.kop lA.gi]Dia tersangat lapar, menambah empat pinggan nasi masih belum cukup.
pedap I[p«.dAp]kata kerjamengelap, menyerapkan (air, dakwat dan lain-lain) dengan menggunakan kain atau kertas dan sebagainya.Dia pedap darah kat lutut anak dia hak luka pasai rebah.[di.jA p«.dAp dA.ÒAh kAt lu.tut A.nA/ di.jA hA/ lu.kA pA.sAj Ò«.bAh]Dia mengelap darah di lutut anaknya yang luka kerana rebah.
kona I[k.nA]kata kerja1. menipu atau memperdaya (kiasan)Dia tu bukan buleh pecaya sangat, tara mak pak dia pun dia sanggop kona, tambahla orang laen.[di.jA tu bu.kAn bu.leh p«.tSA.jA sA.NAt tA.ÒA mA/ pA/ di.jA pon di.jA sAN.gop k.nA tAm.bAh.lA .ÒAN lAen]Dia tidak boleh dipercayai sangat, sedangkan ibu bapanya tergamak ditipunya, inikan pula orang lain.
bantot II[bAn.tot]kata kerjamenempel ramuan tertentu pada bisul supaya cepat masak dan pecah.Mokalu mau bagi bisoi cepat masak, hang kena bantot dia dengan kapoq campoq misan lebah.[m.kA.lu mAw bA.gi bi.soj tS«.pAt mA.sA/ hAN k«.nA bAn.tot di.jA d«.NAn kA.pâÖ tSAm.pâÖ mi.sAn l«.bAh]Jika kamu hendakkan bisul cepat masak dan pecah, tempelkannya dengan campuran kapur dan manisan lebah.

Kembali ke atas