bidaeh | [bi.dAEh] | kata kerja | mengangkat batang tangkul apabila dirasai ikan berada di dalamnya. | Dah lama tangkoi tu terendam, la buleh bidaeh. | [dAh lA.mA tAN.koj tu t«.Ò«n.dAm lA bul.eh bi.dAEh] | Sudah lama tangkul itu terendam, barangkali bolehlah diangkat sekarang. |
utau | [u.tAw] | kata kerja | memberi isyarat dengan menggunakan tangan. | Pak dok utau mak dari seberang jalan ajak balek. | [pA/ do/ u.tAw mA/ dA.Òi s«.b«.ÒAN dZA.lAn A.jA/ bA.le/] | Bapa yang berada di seberang jalan memberi isyarat tangan kepada ibu mengajaknya pulang. |
derin | [d«.Òin] | kata kerja | mengeluarkan suara dari tekak, berdehem (untuk tujuan memberi isyarat). | Orang tua tu tau kita ada tang ni dia dok derin tu. | [.ÒAN tu.wA tu tAw ki.tA A.dA tAN ni di.jA do/ d«.Òin tu] | Orang tua itu mengetahui bahawa kita berada di sini, sebab itulah dia pun berdehem. |
tekodok | [t«.k.d/] | kata adjektif | terasa malu dan termonyeh-monyeh (kerana sesuatu kesilapan yang sepatutnya tidak berlaku). | Dia tekodok pasai orang hak dia dok kata tu ada kat belakang dia. | [di.jA t«.k.d/ pA.sAj .ÒAN hA/ di.jA do/ kA.tA tu A.dA kAt b«.lA.kAN di.jA] | Dia terasa malu kerana tidak menduga orang yang dicercanya itu berada di belakangnya. |
meloko | [m«.l.k] | kata kerja | berdiam diri sambil menundukkan kepala kerana takut, tidak berani melawan dan sebagainya (biasanya kepada manusia). | Depa tu kat kampong sendiri bukan maen belagak, masok kampong orang meloko saja. | [dE.pA tu kAt kAm.poN s«n.di.Òi bu.kAn mAen b«.lA.gA/ mA.so/ kAm.poN .ÒAN m«.l.k sA.dZA] | Mereka itu hanya berlagak berani di kampung sendiri, tetapi apabila berada di kampung orang, diam pula. |
don | [dn] | kata adjektif | berkenaan muka masam seperti berada dalam keadaan yang tegang, marah, merajuk; com. | Kami tak berani pi dekat pak, nampak muka dia don saja. | [kA.mi tA/ b«.ÒA.ni pi d«.kAt pA/ nAm.pA/ mu.kA di.jA dn sA.dZA] | Kami tidak berani mendekati bapa yang sedang bermuka masam itu. |