Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ran.sur]/[ber.an.sur] | برانسور

Definisi : , beransur-ansur 1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlaku­nya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ran.sur]/[ber.an.sur] | برانسور

Definisi : , beransur-ansur sedikit demi sedikit (dlm hal bergerak, membayar hutang dsb): Dia membayar hutangnya secara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beransur


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
otek[.tE/]kata kerjaberansur-ansur, sedikit demi sedikit (dalam menyimpan wang, perjalanan, belajar dan sebagainya).La ni dia kalah, sat lagi dia otek menang balek.[lA ni di.jA kA.lAh sAt lA.gi di.jA .tE/ m«.nAN bA.le/]Sekarang ini dia kalah, sebentar lagi dia akan beransur-ansur menang.
koi II[kj]kata adjektifberhati-hati, perlahan-lahan, beransur-ansur.Dok gelot buat apa sangat, kreja tu koi-koi habeh la.[do/ g«.lot bu.wAt A.pA sA.NAt, kÒ«.dZA tu kj.kj hA.beh lA]Buat apa terburu-buru, beransur-ansur pun selesai juga kerja tu.
meloroeh[m«.l.ҍEh]kata kerjaturun secara perlahan-lahan atau beransur-ansur.Seluaq hak dia pakai tu longgak, jadi bila bejalan gadoh nak meloroeh saja.[s«.lu.wA)Ö hA/ di.jA pA.kAj tu loN.gA/ dZA.di bi.lA b«.dZA.lAn gA.doh nA/ m«.l.ҍEh sA.dZA]Seluar yang dipakainya longgar, jadi bila berjalan asyik nak turun saja ke bawah.

Kembali ke atas