Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.cam.pur] | برچمڤور

Definisi : 1. bergaul (berbaur, berkacau, dll) menjadi satu: asid ini banyak ~ dgn air; 2. bp (bkn pasangan suami isteri) bersama dlm hubungan suami isteri: ia ~ dgn Rusiah baru tiga musim; 3. berkawan, bergaul: wanita Cina itu sudah lama ~ dgn orang Melayu; ~ bicara = ~ mulut masuk campur dlm (hal orang dll); ~ dgn rata bergaul dgn betul-betul sebati; ~ gaul bergaul, bermesra, bersahabat dgn; ~ kasih berkasih-kasihan, cinta-mencintai; ~ tangan campur tangan; ~ dgn orang pemaling, sekurang-kurangnya jadi pencecak prb bercampur dgn orang jahat, kalau tidak banyak, sedikit pun akan menjadi jahat juga; minyak dgn air adakah ~ prb orang baik kalau bercampur dgn orang jahat tidak akan menjadi jahat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.cam.pur] | برچمڤور

Definisi : 1 bergaul menjadi satu; berbaur: Ubat ini sudah ~ dgn air. Mi­nyak dgn air tidak akan ~. 2 berkenalan dan berbaik-baik; bergaul: Beliau tidak suka ~ dgn jiran-jirannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bercampur

Puisi
 

Sungai Tompok airnya dalam,
     Sungguh dalam bercampur pasir;
Orang Tompok banyak Islam,
     Sungguh Islam bercampur kafir.


Lihat selanjutnya...(37)
Peribahasa

Bercampur dengan orang pemaling,
     sekurang-kurangnya jadi pencecak.

Bermaksud :

Bercampur dengan orang jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. cecak = copet.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bohoq[b.hâÖ]kata namatimbunan tanah yang bercampur dengan kulit-kulit siput.Ataeh bohoq tu bulehla pacak tiang rumah, tempat laen semua keleboq.[A.tAEh b.hâÖ tu bu.leh.lA pA.tSA/ ti.jAN Òu.mAh t«m.pAt lAen s«.mu.wA k«.l«.bâÖ]Di atas tanah bohor itu bolehlah didirikan tiang rumah, tempat lain semuanya berlumpur.
nasik tangaeh[nA.si/ tA.NAEh] perbuatan isteri yang jahat untuk membodohkan suaminya dengan cara memperbomohkan melalui nasi yang bercampur najis. Nasi yang dibubuh kotoran najis dengan jampi serapah itu diberi makan kepada suami agar menurut kata, tidak melawan malah menjadi seolah-Bini deraka hak bagi laki dia makan nasik tangas tentu jadi isi neraka.[bi.ni d«.ÒA.kA hA/ bA.gi lA.ki di.jA mA.kAn nA.si/ tA.NAEh t«n.tu dZA.di i.si n«.ÒA.kA]Isteri durhaka yang memberi suaminya makan nasi tangas tentu akan menjadi isi neraka.

Kembali ke atas