Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.de.rau] | بردراو

Definisi : , berderau-derau, menderau, menderau-derau 1. berbunyi spt bunyi hujan dibawa angin (air dicurah, riak atau ombak yg dibawa angin, dll): kemudian kedengaran ombak menderu-deru dan ber­derau-derau bunyi riaknya; 2. ki ter­sentak (perasaan), tersirap (darah): ~ darahnya apabila terlihat Bedah sedang membasuh udang di atas pelantar; 3. ter­cetus dan berpanjangan bunyinya (bkn ke­tawa), ber­derai: tiba-tiba terdengar ketawa ~ dr dlm bilik guru; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.de.rau] | بردراو

Definisi : bergotong-royong (ber­tolong bantu, bekerjasama) mengerjakan sawah: di Kedah, penanaman padi dibuat secara ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.de.rau] | بردراو

Definisi : 1 berbunyi spt bunyi air dicurahkan (ombak atau hujan yg dibawa angin dll). 2 tersirap (darah); ~ darahnya apabila dia melihat seekor ular di hadapannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.de.rau] | بردراو

Definisi : bergotong-royong membuat sesuatu pekerjaan; bertolong bantu: Kebanyakan orang Kedah menanam padi secara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berderau

Puisi
 

Selat Teberau lompat gajah,
     Sambil menanduk akar dedalu;
Berderau rasanya darah,
     Hendaklah ke janda dahulu.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
bederau[b«.d«.ÒAw]kata kerjabergilir-gilir menolong menyudahkan kerja (berkenaan bersawah, berkebun dan lain-lain) yang sama banyak dan sama berat.La ni adat berderau koi kurang dah semua kreja pakai upah.[lA ni A.dAt b«.d«.ÒAw koj ku.ÒAN dAh s«.mu.wA kÒ«.dZA pA.kAj u.pA h]Sekarang, adat berderau semakin kurang kerana semua kerja dibuat dengan cara mengupah.
becerau[b«.tS«.ÒAw]kata kerja1. tersirap darah kerana melihat sesuatu (ular, kemalangan dan lain-lain), berderau.Darah dia becerau bila tengok ulaq sawa kat pintu rumah dia.[dA.ÒAh di.jA b«.tS«.ÒAw bi.lA tE.No/ u.lAâÖ sA.wA kAt pin.tu Òu.mAh di.jA]Darahnya tersirap kerana terserempak dengan ular sawa di depan pintu rumahnya.

Kembali ke atas