Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.kah.win] | برکهوين

Definisi : bernikah: dia mahu ~ dgn gadis pilihannya sendiri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kah.win] | برکهوين

Definisi : mempunyai isteri (suami), ber­isteri atau bersuami: hal itu sangat melukakan hatinya hingga ia memutuskan tak akan mahu ~; dia sudah ~ dan sekarang tinggal di Kuala Lumpur bersama suaminya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.kah.win] | برکهوين

Definisi : mendirikan rumah tangga; bernikah: Kemudian, gadis itu jatuh cinta pdnya lalu mereka pun ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ber.kah.win] | برکهوين

Definisi : mempunyai isteri atau suami; beristeri; bersuami: Anak saya yg bongsu belum ~ lagi kerana dia masih muda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kahwin
Kata Terbitan : berkahwin,

Puisi
 

Orang Dayang memakai cincin,
     Singgah sebentar di Beras Basah;
Alang-alang berkahwin biarlah licin,
     Alang-alang mandi biarlah basah.


Lihat selanjutnya...(2)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mengambang[m«.NAm.bAN]kata kerjaduduk di pintu rumah dengan tujuan supaya diperhatikan oleh orang yang lalu lalang, di hadapan rumahnya (berkenaan anak-anak gadis yang belum berkahwin).Tiap-tiap petang hang suka dok mengambang tang pintu, pi la masok dalam.[ti.jAp.ti.jAp p«.tAN hAN su.kA do/ m«.NAm.bAN tAN pin.tu pi lA mA.so/ dA.lAm]Tiap-tiap petang awak suka duduk mengambang di pintu, pergilah masuk ke dalam.
bujang seron[bu.dZAN sE.ҍn] perempuan yang diceraikan oleh suaminya (janda) setelah dikahwinnya dalam waktu yang singkat.La ni Timah tu bujang seron pasai laki dia cerai dia lepaeh kawen dua ari.[lA ni ti.mAh tu bu.dZAN sE.ҍn pA.sAj lA.ki di.jA tS«.ÒAj di.jA l«.pAEh kA.wEn du.wA A.Òi]Sekarang ini Si Timah itu menjadi bujang seron kerana diceraikan oleh suaminya setelah berkahwin selama dua hari.

Kembali ke atas