Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ber.pe.ra.ngai] | برڤراڠاي

Definisi : 1. mempunyai perangai, berke­lakuan: pekerja yg ~ baik; 2. berkelakuan tidak sepatutnya, bertingkah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ber.pe.ra.ngai] | برڤراڠاي

Definisi : mempunyai perangai; berkelakuan: Janganlah ~ buruk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
perangai (kata nama)
Bersinonim dengan kelakuan, tingkah laku, perlakuan, perwatakan, resmi, pembawaan, fiil, canda, olah, tabiat, gaya, cara, sifat, telatah, gelagat, gerak-geri, tindak-tanduk, ambekan;,
Kata Terbitan : berperangai,


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
darai[dA.ÒAj]kata namalelaki yang berperangai, berlagak dan berpakaian seperti perempuan.Hak dok menari ghazal pati banyak darai.[hA/ do/ m«.nA.Òi ÒA.zAl pA.ti bA.øA/ dA.ÒAj]Kebanyakan penari ghazal parti darai.
hapraq[hAp.rAâÖ]kata adjektifberkenaan dengan perangai seseorang yang jahat dan tidak berguna dalam masyarakat, jahat, buas, tidak senonoh; haperak.Selagi hang dok buat perangai hapraq tok sah dok harap, nak jadi menantu orang.[s«.lA.gi hAN do/ bu.wAt p«.ÒA.NAj hAp.rAâÖ to/ sAh do/ hA.ÒAp nA/ dZA.di m«.nAn.tu .ÒAN]Selagi engkau berperangai jahat dan tidak senonoh, usahlah diharapkan hendak menjadi menantu orang.
haperaq[hA.p«.rAâÖ]kata adjektifberkenaan dengan perangai seseorang yang jahat dan tidak berguna dalam masyarakat, jahat, buas, tidak senonoh; haprak.Selagi hang dok buat perangai haperaq tok sah dok harap, nak jadi menantu orang.[s«.lA.gi hAN do/ bu.wAt p«.ÒA.NAj hA.p«.rAâÖ to/ sAh do/ hA.ÒAp nA/ dZA.di m«.nAn.tu .ÒAN]Selagi engkau berperangai jahat dan tidak senonoh, usahlah diharapkan hendak menjadi menantu orang.

Kembali ke atas