Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata besar;

Puisi
 

Rumah besar alang besar,
     Rumah datuk permaisuri;
Kalau tidak hajat besar,
     Bilakah tuan datang ke mari.


Lihat selanjutnya...(82)
Peribahasa

Besar,
     besar gunung dipandang;
kecil,
     kecil hutang disandang.

Bermaksud :

Hutang itu walau sedikit sekalipun berat juga bagi orang yang menanggungnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kecil gunung dipandang, besar hutang disandang).

 

Lihat selanjutnya...(235)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
nala[nA.lA]kata adjektifbesar, hebat, sangat besar.Dia kaya dalam kampong ni, tak heran la mokalu rumah dia nala punya besaq.[di.jA kA.jA dA.lAm kAm.poN ni tA/ hE.ÒAn lA m.kA.lu Òu.mAh di.jA nA.lA pu.øA b«.sA)Ö]Dia kaya dalam kampung ini dan tidak hairanlah jika rumahnya terlalu besar.
hampong[hAm.poN]kata adjektifberkenaan tubuh bayi, barang dan lain-lain yang besar tetapi ringan, lempung, mampung.Budak tu betuboh sunggoh, tapi hampong.[bu.dA/ tu b«.tu.boh suN.goh tA.pi hAm.poN]Budak itu berbadan besar, tetapi ringan.
belong[b«.loN]kata adjektifberkenaan badan besar tetapi umur muda.Awat anak bongsu hang ni belong sangat, abang-abang dia semua kecik-kecik belaka?[A.wAt A.nA/ bN.su hAN ni b«.loN sA.NAt A.bAN.A.bAN di.jA s«.mu.wA k«.tSi/.k«.tSi/ b«.lA.kA]Mengapa anak bongsu awak ini besar sangat, abang-abangnya kecil belaka.
kolom[k.lm]kata adjektifkeadaan terperosoknya kepala ke dalam songkok (topi dan sebagainya) yang lebih besar saiznya daripada kepala.Kepala dia kecik, kepiah dia besak, bila pakai nampak kolom sunggoh.[k«.pA.lA di.jA k«.tSi/ k«.pi.jAh di.jA b«.sA)Ö bi.lA pA.kAj nAm.pA/ k.lm suN.goh]Apabila kepalanya yang kecil itu dipakaikan songkok besar, kepalanya terperosok ke dalam.
segagan[gA.gAn]kata adjektifsebaya, sepadan, sama besar.Budak-budak Taon Satu sekolah ni nampak segagan saja.[bu.dA/.bu.dA/ tAon sA.tu s«.ko.lAh ni nAm.pA/ s«.gA.gAn sA.dZA]Budak-budak Tahun Satu sekolah ini kelihatan sebaya saja.
meruah[m«.Òu.wAh]kata kerjamembuang air besar, berak, kencing; meruah kencin.Tiap-tiap malam budak tu meruah ataeh tilam.[ti.jAp.ti.jAp mA.lAm bu.dA/ tu m«.Òu.wAh A.tAEh ti.lAm]Setiap malam budak itu buang air kecil di tilam.
meliau[m«.li.jAw]kata kerja1. bertambah besar (berkenaan luka dan lain-lain) meroyak.Luka kena parang tu maken meliau pasai dia tak berobat.[lu.kA k«.nA pA.ÒAN tu mA.kin m«.li.jAw pA.sAj di.jA tA/ b«.ҍ.bAt]Luka kerana terkena parang itu semakin membesar kerana tidak diubat.
lepai[l«.pAj]kata namasejenis pokok yang besar dan rimbun. Daun pucuknya dibuat ulam. Biasanya ditanam di kawasan kuil.   
bom I[bom]kata kerjaberbohong, temberang, bercakap besar (bahasa kasar).Apa dia dok bom kat hang tu sampai hang telenggak dengaq?[A.pA di.jA do/ bom kAt hAN tu sAm.pAj hAN t«.lAN.gA/ d«.NAâÖ]Apakah yang ditemberangkan olehnya kepadamu sehingga engkau terlopong mendengarnya?
bewak gabok[bE.wA/ gA.bo/] pencuri, pencuri besar (bahasa kasar)Malam kemaren bewak gabok masok rumah pengulu, dia kebaeh duet dengan barang kemaeh habeh.[mA.lAm k«.mA.Òen bE.wA/ gA.bo/ mA.so/ Òu.mAh p«.Nu.lu di.jA k«.bAEh du.wet d«.NAn bA.ÒAN k«.mAEh hA.beh]Malam kelmarin pencuri telah masuk ke rumah tok penghulu, habis dicurinya wang dan barang kemas.
123

Kembali ke atas