Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bi.la.ngan] | بيلڠن

Definisi : 1. jumlah (banyak) barang dll: orang yg mengasihi kau lebih ramai ~nya drpd manusia yg membenci kau; hasil darab ini ialah suatu ~ genap; 2. lingkungan, golongan: ia termasuk ~ orang pandaipandai; 3. nasib yg sudah tertentu, waktu yg sudah tertentu; itu memang sudah ~nya itu memang sudah nasibnya; sudah sampai ~nya sudah sampai ajalnya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bi.la.ngan] | بيلڠن

Definisi : 1 jumlah benda yg terkumpul; hitungan: Di kampung itu, orang yg baik lebih besar ~nya drpd orang jahat. 2 tempat kedudukan sesuatu angka dlm urutan angka yg bersiri; nombor: Dlm peperiksaan yg lalu, saya telah mendapat ~ yg ketujuh. 3 kelompok yg meliputi beberapa orang, kawasan dsb; golongan; lingkungan: Dia termasuk dlm ~ orang kaya-kaya di kampung itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bilangan

Puisi
 

Orang bersalam di dalam perahu,
     Makan ubi dengan kurma;
Orang Islam hendaklah tahu,
     Bilangan nabi dua puluh lima.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Masuk ambung tak masuk bilang.

Bermaksud :

Masuk ke dalam majlis yang besar-besar tetapi tidak termasuk bilangan (kerana hina atau hodoh).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. segulung benang, selilit benang (sebagai penjodoh bilangan).Kalu nak bagi naek wau tinggi, kena guna empat kampoi benang.[kA.lu nA/ bA.gi nAe/ wAw tiN.gi k«.nA gu.nA «m.pAt kAm.poj b«.nAN]Kalau layang-layang itu hendak diterbangkan tinggi, gunakanlah empat kampoi benang.
culin[tSu.lin]kata namasedikit (digunakan sebagai penjodoh bilangan), seculin ialah satu ukuran yang sedikit.Lepaeh isap candu dua culin, dia tidoq sampai siang.[l«.pAEh i.sAp tSAn.du du.wA tSu.lin di.jA ti.dâÖ sAm.pAj si.jAN]Selepas menghisap candu dua culin, dia pun tertidur sampai siang.
binti[bin.ti]kata namabahagian kepingan dinding atau penahap dinding (penjodoh bilangan).Tiang dengan bumbong siap dah dindin dia baru dua binti hak siap.[ti.jAN d«.NAn bum.boN si.jAp dAh din.din di.jA bA.Òu du.wA bin.ti hA/ si.jAp]Tiang dan bumbung telah siap, dindingnya baru siap dua bahagian.
not II[nt]kata tugaskosong (contoh darjah not sama dengan darjah kosong) (kata bilangan).Anak hang tu baru darjah not, tentu la tak pandai baca lagi.[A.nA/ hAN tu bA.Òu dAÒ.dZAh nt t«n.tu lA tA/ pAn.dAj bA.tSA lA.gi]Anak engkau itu baharu masuk tahun pertama, tentulah belum mahir membaca lagi.
cekop tiang[tS«.kop ti.jAN]kata namasejenis permainan kanak-kanak, iaitu (mendakap) tiang yang bilangannya kurang daripada bilangan pemain. (Misalnya empat tiang untuk direbut oleh lima orang pemain).Genap-genap kali maen cekop tiang, Dogoi seluloi kalah pasai dia lekeh sikit.[g«.nAp.g«.nAp kA.li mAen tS«.kop ti.jAN d.gj se.lu.loj kA.lAh pA.sAj di.jA lE.kEh si.kit]Setiap kali bermain cekup tiang, Dogol selalu kalah kerana dia agak lembap.

Kembali ke atas