Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bodoh

Puisi
 

Sayang Cina anak Cinaku,
     Jawa bodoh balik ke Bugis;
Jangan berniaga barang tak laku,
     Hingga berlapuk jual tak habis.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Bodoh tak dapat diajar,
     pandai tak dapat mengajar.

Bermaksud :

Berlagak pandai dan tiada mahu menurut bicara orang. (Peribahasa lain yang sama makna: Bingung tak dapat diajar, cerdik tak dapat diikuti).

 

Lihat selanjutnya...(67)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
daoh[dA.oh]kata adjektifbodoh.Budak ni daoh sunggoh, kera duet pun tak reti.[bu.dA/ ni dA.oh suN.goh kE.ÒA du.wet pon tA/ Ò«.ti]Budak ini bodoh sungguh, mengira wang pun tidak tahu.
ngong[NN]kata adjektifbodoh benar, dungu, tolol.Awat hang ni ngong sangat, suroh baca hurop ni pon hang tak tau.[A.wAt hAN ni NN sA.NAt su.Òoh bA.tSA hu.Òop ni pon hAN tA/ tAw]Kenapa engkau ini bodoh benar, suruh baca huruf ini pun engkau tak boleh.
doyok[d.j/]kata adjektifbodoh atau lembap.Budak ni doyok sunggoh, suruh kera satu sampai sepuloh pon dia tak tau.[bu.dA/ ni d.j/ suN.goh su.Òoh kE.ÒA sA.tu sAm.pAj s«.pu.loh pon di.jA tA/ tAw]Budak ini bodoh sungguh, disuruh mengira satu hingga sepuluh pun dia tidak tahu.
pekak wailon[p«.kA/ wAj.lon] amat bodoh (kiasan).Pak dia dah tunjok banyak kali tapi dia tak ikot jugak, betoi la dia tu pekak wailon.[pA/ di.jA dAh tun.dZo/ bA.øA/ kA.li tA.pi di.jA tA/ i.kot dZu.gA/ b«.toj lA di.jA tu p«.kA/ wAj.lon]Bapanya telah mengajarnya berkali-kali namun dia tidak mengerti, memang betullah dia amat bodoh.

Kembali ke atas